Kaki pukul isteri maut dibelasah penduduk kampung

Kaki pukul isteri maut dibelasah penduduk kampung

Seorang lelaki yang didakwa sering memukul dan mencederakan isterinya maut selepas dipukul beramai-ramai oleh penduduk setempat, dalam satu kejadian di Anyer, Banten.

Lapor CNN Indonesia, kejadian itu berlaku pukul 7 malam di Kampung Pasir Kemuning, Serang, Banten pada malam kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 40 tahun didakwa mencederakan isteri dan iparnya menggunakan senjata tajam sehingga mereka mengalami kecederaan parah.

Jiran tetangga yang mengetahui kejadian tersebut menangkap mangsa dan memukulnya beramai-ramai sehingga mati.

“Penduduk setempat sudah tidak tahan dengan sikap dan tindakan mangsa yang sering memukul serta mencederakan isterinya.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya akibat dipukul beramai-ramai,” kata jurucakap polis, Mohammad Nandar.

Dalam beberapa kes kekerasan rumah tangga yang dilakukan mangsa menyaksikan isterinya mengalami luka tikaman pada bahagian punggung, dada, tangan kiri dan dahinya.

Abang isterinya yang cuba membantu adiknya turut cedera selepas ditikam pada dada.

Kekecohan yang berlaku itu menjadi perhatian penduduk setempat untuk datang ke rumah mangsa lalu memukulnya.

Sementara itu, polis turut merampas beberapa bahan bukti termasuk pisau dan pakaian. Utusan

Kaki pukul isteri maut dibelasah penduduk kampung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker