Tomok raih markah tertinggi dalam sejarah GV

Tomok raih markah tertinggi dalam sejarah GV

“Saya tak pernah beri (markah) 17/20 tau untuk bab persembahan. Tak pernah sepanjang 9 musim. Paling tinggi saya bagi 15 atau 14 seingat saya.”

Demikian kata ketua juri Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Ramli MS memuji persembahan dihadirkan Tomok yang unggul di tangga pertama minggu keenam program realiti berkenaan.

“Saya bercakap tentang peserta punya ‘bertungkus-lumus’. Kalau dari segi vokal, memang Jac hebat, Shila dan semua orang hebatlah.



“Tapi dari segi saya lihat ‘effort’ tungkus-lumus, Tomok bawa penari sendiri, koreografinya terjun pentas apa semua.

“Dia baik pulih lagu asal, besarkan lagi lagu tugasan diberikan dengan solekannya serta menari lagi. Usaha dia itu dan memang layak dia dapat markah 17 (untuk persembahan),” katanya kepada Kosmo! Online usai konsert GV9 malam tadi di Auditorium MBSA malam tadi.

Tomok yang menyanyikan lagu Everybody dendangan asal Backstreet Boys menduduki posisi pertama dengan markah tertinggi iaitu 84.00 peratus.

Jaclyn Victor yang mempersembahkan lagu Bukan Rayuan Gombal (Judika) berada di kedudukan kedua dengan markah 82.40 peratus.



Melengkapkan tangga tiga teratas penyanyi Shila Amzah yang mengalunkan lagu berbahasa Korea, I Will Show You (Ai Lee) memungut markah 76.60 peratus.

Pada konsert malam tadi, tiada sebarang penyingkiran berlaku di pentas GV9. Salah seorang peserta, Dina Nadzir tidak dapat melakukan persembahan selepas kehilangan bapa tersayang, Allahyaham Mohd. Nadzir Gulam, 64, yang meninggal dunia disebabkan komplikasi paru-paru.

Berikut merupakan kedudukan peserta GV9 minggu keenam:

1. Tomok: 84.00
2. Jaclyn Victor 82.40
3. Shila Amzah: 76.60
4. Bob Yusof: 76.40
5. Hazrul: 74.30
6. VE: 73.60
7. Fuad Rahman: 73.10
8. Tom: 63.50
9. Asheed: 59.90
10. Dina Nadzir: 0.00



Tomok raih markah tertinggi dalam sejarah GV


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker