MIC sedia tukar kerusi demi kemenangan BN – Saravanan
MIC sedia tukar kerusi demi kemenangan BN – Saravanan
MIC sedia bertukar kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15), jika parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain memiliki peluang lebih cerah untuk menang di kerusi-kerusi terbabit.
Timbalan Presidennya M Saravanan berkata, langkah itu, untuk kebaikan bersama gabungan itu dan bagi membuktikan sifat positif yang diamalkan antara parti komponen BN.
“Konsep BN ialah kami berbincang dan membuat keputusan secara berhemah,”
“BN selalu positif. Walaupun kami pernah kalah, kami masih bersama. Ada parti tidak sampai dua tahun bersama pun sekarang sudah berpecah lima,” katanya ketika ditemui pada rumah terbuka Deepavali di kediamannya di Bukit Damansara di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata Presiden MIC, SA Vigneswaran akan mengumumkan kerusi yang akan ditandingi dalam PRU15, beserta calon yang akan mewakili mereka dalam masa terdekat.
“Kami telah mengenal pasti kerusi sedia ada dan sedang berbincang sekiranya ada ruang untuk menambah kerusi. Vigneswaran akan membuat pengumuman dalam masa terdekat,” katanya.
Terdahulu, MIC dilaporkan bercadang untuk bertanding di 12 kerusi Parlimen, pada PRU15 yang hari pengundiannya ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 19 Nov.
Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang). FMT
MIC sedia tukar kerusi demi kemenangan BN – Saravanan
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan Hadi
- “Jihan, lambat lagi ke habis pantang?”/a>
- Dendam punca majikan wanita di bunuh bekas pekerja
- Guru raba-raba dada sambil cium kawasan ‘sensitif’ ditangkap polis
- Maszlee rayu undi lepas BN pertimbang calon heavyweight
- Wanita berjaya gali kubur selepas ditanam hidup-hidup oleh suami
- Isteri puji bos kaya, suami rasa tercabar
- Cucuk hidung, Bunga Isme disamakan dengan lembu
- Lahirkan baka kacak, Anzalna diminta beranak ramai
- Tommy, Mahathir berulang kali langgar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
- Pemandu mabuk langgar pejalan kaki, wanita maut dan adik parah
- PN gagal capai kesepakatan kerusi di Terengganu?
- Ibu dari neraka! Simbah peluntur pada kemaluan anak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]
Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.