Bentang strategi pulih ekonomi, bukan hentam peribadi, bahan mengarut

#PRU15

Bentang strategi pulih ekonomi, bukan hentam peribadi, bahan mengarut

Rakyat khususnya pengundi wajar mendesak pemimpin parti politik dan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk membentangkan strategi ekonomi dan bukan meneruskan budaya kempen negatif terutamanya menyerang peribadi.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan, berkata isyarat harus diberikan oleh media dan juga pengundi bahawa mereka tidak mahu lagi mendengar kempen yang menggunakan bahan negatif untuk meraih undi.

Memberikan contoh isu ekonomi yang menjadi tunjang kepada rakyat Britain dalam memilih Perdana Menteri, beliau berkata, langkah sama juga harus dicontohi rakyat dan pengundi negara ini dalam menyuarakan hasrat dan pandangan dalam memilih wakil rakyat yang akan membawa suara mereka ke Parlimen.

“Isu ekonomi menjadi tunjang bagi rakyat Britain dalam menentukan pemilihan Perdana Menteri mereka… tidak kira sama ada Rishi Sunak, Boris Johnson atau Penny Mordaun (yang menawarkan diri).

“Persoalan yang banyak diajukan (kepada calon-calon) adalah apakah strategi fiskal monetari mereka dalam menghadapi isu ekonomi, isu bahan api dan kejatuhan mata wang pound sterling.

“Jadi sama juga kita di Malaysia dalam memilih kerajaan, seharusnya rakyat mendesak mereka yang bertanding, parti yang bertanding bentangkan apa strategi ekonomi mereka sama ada fiskal, monetari atau dasar awam bagi menangani isu kemelut ekonomi yang dihadapi sekarang.

“Bukannya perlu ‘menadah telinga’ mendengar cerita tidak berkaitan menerusi jelajah dan kempen termasuk di media sosial dengan pengulangan bahan yang banyak berbentuk menyerang peribadi,” katanya kepada BH hari ini.

Beliau berkata, tanpa menafikan kempen dengan serangan negatif atau bersifat peribadi satu tarikan dalam memancing undi, itu bukan kemahuan pengundi dalam setiap ciri wakil rakyat yang diingini.

“Kita mahu dengar isu-isu yang lebih bersifat dasar dalam menangani bukan sahaja isu ekonomi tetapi juga alam sekitar umpamanya yang perlu diketengahkan.

“Ini kerana kita mahu wakil rakyat yang ada intelek, yang boleh berbahas dan boleh memahami satu-satu isu walaupun itu bukan bidang kepakaran mereka.

“Jadi isyaratnya perlu diberitahu daripada sekarang, apa yang pengundi mahu, bukan lagi serangan-serangan negatif atau pun lawak jenaka yang remeh, sedap didengar tetapi tidak memberi apa-apa manfaat kepada pengundi untuk jangka masa panjang,” katanya.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata parti politik sepatutnya membentangkan pelan rancangan mereka untuk rakyat dan tawarkan penyelesaian masalah.

“Mereka boleh membuka perbincangan bersama rakyat, seperti dibuat negara maju. Itu lebih bermanfaat daripada keluarkan kenyataan atau ceramah kempen yang mengarut.

“Parti politik negara maju akan buka manifesto, apa yang telah mereka buat sebelum ini, buka balik petunjuk utama prestasi (KPI) mereka.

“Sepatutnya begitulah berkempen, tapi sekarang ini kita lihat banyak yang menghentam peribadi walhal tempoh untuk berkempen belum tiba lagi,” katanya.

Beliau berkata, berkempen dengan menyerang peribadi hanya seronok didengar pada permulaan sebelum bertukar bosan, malah tindakan ‘hentam-menghentam’ banyak dilakukan tokoh besar dalam parti atau gabungan.

“Patut tokoh-tokoh besar ini bercakap perkara yang lebih besar. Kita hendak mendidik rakyat kepada satu bentuk demokrasi yang beri kebaikan kepada rakyat dan bercakap perkara yang membawa manfaat kepada mereka.

“Contoh mahasiswa mungkin nak kaedah lebih baik dalam soal pinjaman pendidikan, soal pembayaran, bagi suri rumah atau orang berkeluarga mekanisme untuk tangani kos sara hidup, apa cadangannya, mengenai harga minyak harga ayam.. ini yang menyentuh hidup rakyat,” katanya. BH

Bentang strategi pulih ekonomi, bukan hentam peribadi, bahan mengarut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy tayang bakat main gitar (Video)

UFC 280: Anak buah Khabib, Islam Makhachev berjaya tumbangkan Juara Dunia [VIDEO]

Silap Saya Sebab Teruskan Walaupun Ibu Bapa Tak Restu- Abang Viva [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker