Tommy, Mahathir berulang kali langgar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Tommy, Mahathir berulang kali langgar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

Laporan siasatan Pasukan Petugas Khas mengenai dakwaan salah laku Tan Sri Tommy Thomas yang didedahkan secara terbuka minggu lalu membongkarkan bahawa bekas Peguam Negara itu dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berulang kali melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) 2009.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 2018 dan 2019.

“Tiada sebarang lantikan SPK diterima kerajaan Pakatan Harapan (PH) biar ia adalah keperluan prosedur undang-undang.

“Laporan turut menyatakan Tommy sebagai Peguam Negara serta Ketua Pendakwa Raya masa itu tidak patut ada sebarang penglibatan dalam proses pelantikan hakim,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Berdasarkan laporan Pasukan Petugas Khas tersebut, pada 13 Jun 2018, SPK mencadangkan nama Tan Sri Azahar Mohamad sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Rohana Yusuf (Presiden Mahkamah Rayuan) dan Datuk Abdul Rahman Sebli (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).

Namun, Tun Richard Malanjum kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara atas cadangan Dr. Mahathir dan Tommy diikuti Tan Sri Ahmad Maarop (Presiden Mahkamah Rayuan), Tan Sri Zaharah Ibrahim (Hakim Besar Malaya) dan Tan Sri David Wong Dak Wah (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).

Seterusnya pada 18 Mac 2019, SPK mencadangkan nama Ahmad sebagai Ketua Hakim Negara dan David (Presiden Mahkamah Rayuan), Tun Tengku Maimun Tuan Mat (Hakim Besar Malaya) dan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).

Walau bagaimanapun, atas cadangan Dr. Mahathir dan Tommy, Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara diikuti Rohana (Presiden Mahkamah Rayuan), Abang Iskandar (Hakim Besar Malaya) manakala David dikekalkan sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak. MG

Tommy, Mahathir berulang kali langgar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker