Izara Aishah jadi perhatian lagi

Izara Aishah jadi perhatian lagi

“Lawanya…”

Itu antara pujian diterima pelakon Izara Aishah ketika mengenakan busana jenama pakaian tempatan yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tanpa Gosok’, Sabella.



Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pemilihan pelakon popular itu adalah bagi menjayakan kempen koleksi baharu Sabella Royal Batik.

“Selepas sekian lama, Sabella kembali bekerjasama dengan selebriti untuk koleksi terbaharu. Diakui, ada ramai nama artis wanita dalam senarai, tapi akhirnya kami memilih Izara.

“Tidak dinafikan, sejak dia membuat penghijrahan, penampilan Izara sentiasa menjadi perhatian ramai.

“Jadi, kami berasakan untuk kempen koleksi baharu ini nak bekerjasama dengan dia. Malah, kualiti yang kami ketengahkan selama ini pastinya bertepatan dengan cita rasa Izara seterusnya untuk seluruh masyarakat dan pelangggan setia Sabella khususnya.



“Dalam masa sama, status Izara sebagai ibu dan wanita bekerjaya pastinya bertepatan degan tagline yang kami bawakan iaitu Baju Kurung Tak Tanpa Gosok. Tak perlu ambil masa lama, tentunya ia sangat memudahkan,” katanya.

Menurut Mohd Sufian, bekerjasama dengan Izara satu lagi pengalaman berharga buat jenama Sabella.

“Alhamdulillah, kesudian Izara untuk bekerjasama dengan dalam menjayakan kempen koleksi terbaharu ini sagat kami hargai. Ia satu lagi pengalaman berharga buat pasukan Sabella. Dia sangat profesional, jadi semuanya berjalan lancar,” katanya. Utv

Izara Aishah jadi perhatian lagi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker