Ibu Nadia Brian nikah

Ibu Nadia Brian nikah

Pelakon, Nadia Brian berkongsi rasa bahagia selepas ibunya, Cassandra Husmarita Hussain, 53, selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Nor Adli Abu Samah, 47, semalam.

Nadia ketika dihubungi berkata, ini adalah hari bahagia buat ibunya selepas 23 tahun hidup sendiri.



“Alhamdulillah, selepas 23 tahun, ibu kini ada peneman hidupnya. Saya dan adik-beradik lain tumpang bahagia untuknya,” katanya kepada Harian Metro.

Husmarita dan Adli diijabkabulkan dalam majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, semalam dan dihadiri keluarga terdekat.

“Semuanya berlangsung dengan lancar pada tengah hari semalam. Sepatutnya saya ikut ibu sekali, tetapi saya rasa sangat sayu sampai tak boleh berhenti menangis.

“Inilah yang dikatakan jodoh. Siapa sangka, selepas 23 tahun, akhirnya ibu dipertemukan dengan jodoh yang baik dan ada pengetahuan agama seperti Uncle.



“Ibu bekerja dalam bidang kaunseling dan Uncle diperkenalkan oleh pensyarah di universiti tempatnya bertugas,” katanya.

Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam majlis makan tengah hari ringkas pada 30 Oktober ini di kediaman mereka.

Terbaharu, drama lakonan Nadia, Suri Hati kini sedang ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Selain Nadia, drama itu juga turut dibintangi Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan dan ramai lagi. HM



Ibu Nadia Brian nikah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker