Usah bereksperimen pilih PH seperti 2018 – Zahid

#PRU15

Usah bereksperimen pilih PH seperti 2018 – Zahid

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 bukanlah masa untuk “bereksperimen” dengan mengulangi kesilapan sama seperti 2018.

Merujuk kepada keputusan PRU14 yang memihak kepada Pakatan Harapan (PH), presiden Umno itu berkata ini kerana rakyat akan berdepan keadaan ekonomi yang mencabar tahun depan.

“Justeru, PRU15 bukan lagi masa untuk Malaysia bereksperimen. PRU15 sangat mustahak dalam menentukan masa depan tanah air dan masyarakatnya.

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama pada hari pengundian 19 November.

“Kerajaan BN yang terbukti berkemampuan, berpengalaman, kukuh dan stabil perlu dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Presiden Amanah Mohamad Sabu yang memohon supaya PH diberikan sekali lagi peluang untuk mentadbir kerajaan dan bersedia dijatuhkan sekiranya gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Penyandang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mempersoalkan sama ada PH menganggap rakyat mudah dipermainkan dengan kata-kata sedemikian rupa selepas apa yang terjadi dalam tempoh 22 bulan PH mentadbir negara.

“Dunia diramalkan berdepan kemelesetan ekonomi global tahun depan oleh badan antarabangsa dan Malaysia akan turut berdepan tempiasnya.

“Usah memperjudikan masa depan negara dengan memilih PH hanya kerana kita mempunyai sentimen politik akibat terpengaruh dengan “bisikan” pemimpin mereka.

“Insya-Allah kita yakin rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan pujukan dan propaganda PH yang bertujuan memanipulasi daya fikiran rakyat ini,” katanya. Mk

Usah bereksperimen pilih PH seperti 2018 – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker