Sharifah Sakinah akan bercerai

Sharifah Sakinah akan bercerai

“Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing selepas ini,” kata pelakon Sharifah Sakinah yang mengesahkan bakal bercerai dengan suaminya, Michael Hensen selepas memberi bayangan perkahwinan mereka akan berakhir.

Sakinah berkata, sepanjang tempoh tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Michael, hubungan mereka sering dilanda masalah selain hubungan jarak jauh menjadi antara punca perpisahan mereka.



“Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus kepada kehidupan.

“Michael tidak boleh menetap di Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja dan keluarga yang masih di bawah tanggungannya,” katanya kepada satu portal berita.

Terdahulu, Sakinah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memberi bayangan perkahwinannya dengan Michael sudah berakhir di Instagram.
Advertisement

Menurut Sakinah, dia membuat luahan itu kerana enggan timbul salah faham jika dia dilihat bersama lelaki lain selepas ini.



“Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan,” katanya.

Februari lalu, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Michael Hansen.

Sakinah bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan butiran pernikahan.

Sebelum ini, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Haslinda serta Sharifah Shahirah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020.



Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 5. HM

Sharifah Sakinah akan bercerai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk



Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker