GTA tak kisah kerjasama dengan PH atau PN – Mukhriz
#PRU15
GTA tak kisah kerjasama dengan PH atau PN – Mukhriz
Gerakan Tanah Air (GTA) bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti pada pilihan raya umum nanti, kata Timbalan Pengerusi Penaja GTA, Muhkriz Mahathir. .
Katanya, terdapat dua kaedah bagi GTA untuk membentuk kerjasama politik iaitu menyertai gabungan parti politik atau melakukan pakatan pilihan raya bagi mengelakkan pertindihan calon di sesuatu kerusi.
Mukhriz yang juga Presiden Pejuang berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan gabungan parti politik tertentu untuk melihat sama ada kerjasama boleh dilaksanakan ataupun tidak.
“Kita tidak kisah sangat dengan mana satu (PH atau PN), tapi setakat ini saya ingat adalah sedikit respons positif daripada PN, dengan PH itu saya baru dengar yang (Pengerusi Penaja GTA) Tun Dr Mahathir (Mohamad) buat kenyataan menerusi video itu (semalam) yang dia pun terbuka kalau PH nak berbincang,” katanya dipetik Bernama ketika mengadakan sidang media di Alor Setar hari ini.
Sementara itu Mukhriz berkata GTA menyasarkan untuk bertanding di 10 kerusi Parlimen di Kedah pada PRU 19 Nov ini.
Menurutnya, kerusi yang disasarkan gabungan politik itu ialah kerusi luar bandar yang kebanyakannya kawasan kuat Umno dan PAS.
Bagaimanapun, dia berkata GTA masih membuat penilaian terhadap beberapa kerusi yang hendak ditandingi berdasarkan beberapa kriteria sebelum memuktamadkan sama ada akan meletakkan calon atau tidak pada PRU nanti.
“Kita lihat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi, antara lain sentimen sesuatu kawasan itu terhadap suasana politik masa kini dan apa pendirian mereka (penduduk kawasan itu) berkenaan dengan GTA.
“Kemudian jumlah ahli keseluruhan parti dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam GTA, adakah kita mempunyai jentera yang terlatih untuk melakukan kerja-kerja kempen dan sebagainya dan adakah kita mempunyai calon yang sesuai,” katanya.
Penyandang kerusi Parlimen Jerlun itu berkata, GTA mempunyai jentera mencukupi untuk menghadapi PRU15 selain calon yang akan diketengahkan terdiri daripada mereka yang dikenali di kawasan ditandingi.
GTA merangkumi Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) and Parti Ikatan India Muslim Nasional (Iman). Mk
GTA tak kisah kerjasama dengan PH atau PN – Mukhriz
Baca Artikel Menarik:
- Potong gaji gimik politik Anwar
- Tommy serang Najib sejak 2012
- Abang Viva pilih Evanoza jadi suri hati
- Gusar kebangkitan BN, Mahathir jilat ludah kembali mahu berdamai dengan Anwar
- Laporan Zahid Hamidi undur diri adalah tidak benar
- Pengampunan DiRaja Anwar Dibuat Ketika Tiada Peguam Negara Dan Menteri Wilayah
- Saya Tetap Dengan Pendirian Tidak Bertanding Di PRU 15- Nazri
- Wanita berbogel dalam iklan trip memancing ditahan polis
- Kos bina tandas awam sekangkang kera RM8 juta
- Hantu pocong tumpang kenderaan polis kecoh di Rembau
- Amiruddin dulu ‘berjilat’ kini geli sebut nama Azmin Ali
- Pembunuhan Datin, suspek akhirnya didakwa
- Riwayat Politk Husam Musa bakal ditamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk