Potong gaji gimik politik Anwar
#PRU15
Potong gaji gimik politik Anwar
Pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat pemotongan gaji dan elaun Perdana Menteri sekiranya gabungan berkenaan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disifatkan hanya gimik politik.
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata ia memandangkan Perdana Menteri mahupun menteri sememangnya berhak memperoleh gaji atau elaun seperti sedia ada jika tanggungjawab dilaksanakan dengan baik.
Ahli Parlimen Lenggong itu berkata, pemotongan gaji berkenaan bukanlah penyelesaian tuntas selain menyifatkan rakyat Malaysia sudah bijak memilih pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara demi masa depan.
“Sejak sekian lama, Anwar dan Tun (Dr) Mahathir Mohamad adalah dua watak yang sudah lama membawa ketidakstabilan politik dalam negara ini. Disebabkan mereka Malaysia mengalami banyak masalah, (memandangkan) isu-isu yang melanda negara ini hampir kebanyakannya membabitkan mereka.
“Oleh itu, tindakan dan gimik politik yang tidak membawa banyak faedah kepada rakyat sudah tidak lagi dimahukan oleh rakyat. Kepada yang jadi Perdana Menteri atau menteri, tak perlulah potong gaji sebagai gimik.
“Rakyat Malaysia pun tahu, jika tanggungjawab dilaksana dengan baik itu menjadi hak Perdana Menteri atau menteri untuk memperoleh gaji atau elaun berkenaan.,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau memberi reaksi sedemikian merujuk kenyataan Anwar yang juga Ketua Pembangkang, malam tadi mengenai janji pertama yang akan dilakukan sejurus sekiranya Anwar diberikan mandat sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15 adalah memotong kadar elaun dan gaji Perdana Menteri.
Selain gaji Perdana Menteri, Anwar dilapor berkata pengurangan atau pemotongan gaji juga akan turut dilakukan ke atas semua ahli Kabinet, iaitu Jemaah Menteri selain memberi jaminan bilangan anggota Kabinet juga akan dikurangkan. HM
Potong gaji gimik politik Anwar
Baca Artikel Menarik:
- Amanah bincang calonkan Khairuddin
- Raih RM600k dengan game
- Tompokan putih pada lidah petanda awal ‘pembunuh senyap’
- Mereka bukan ahli PKR
- BN tuntut semula Parlimen Tasek Gelugor – Ismail
- Biarkan Sarawak sendiri, GPS ingatkan PN
- Rina abai pengundi Titiwangsa, dakwa penduduk
- Pemimpin akan tukar parti sebelum penamaan calon
- Abaikan PH Yang Bawa Kemusnahan
- GRS bergolak?
- Pas sukar bekerjasama dengan Mahathir seperti Bersatu mahukan – Zuhdi
- Chef Wan dengan Shikin Maembong berdamai
- Farid Kamil sokong Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir minta pertolongan saya – Ku Nan