Penulis cukur kepala selepas menang anugerah


De l’Horizon mencukur rambut sebagai solidariti dengan wanita Iran yang memprotes di Frankfurt, barat Jerman semalam. – AFP

FRANKFURT – Penulis Switzerland, Kim de l’Horizon mencukur kepalanya di atas pentas selepas memenangi anugerah penulisan berprestij, German Book Prize semalam sebagai menunjukkan solidariti dengan wanita yang mengadakan protes di Iran.

“Anugerah ini bukan untuk saya sahaja. Panel juri memilih buku saya untuk menghantar isyarat menentang kebencian, memupuk rasa cinta dan demi perjuangan semua individu yang ditindas kerana tubuh badan mereka,” katanya kepada hadirin pada majlis penyampaian anugerah di Frankfurt.

Selepas diumumkan sebagai pemenang untuk novel sulungnya, Blutbuch (Buku Darah), penulis bermisai itu naik ke pentas dan menyanyikan sebuah lagu, sebelum menggunakan pencukur elektrik untuk mencukur rambutnya di atas podium.

“Dengan tenaga kreatif yang luar biasa, penulis novel bukan binari, Kim de l’Horizon… mencari bahasa mereka sendiri,” kata panel juri.



Penggunaan ganti nama mereka adalah kerana De l’Horizon menganggap dirinya bukan binari iaitu individu berjantina bukan lelaki ataupun wanita. German Book Prize memberi penghormatan kepada novel berbahasa Jerman terbaik tahun ini dan disertakan dengan hadiah wang tunai berjumlah AS$24,600 (RM116,112).

Majlis anugerah itu secara tradisinya mendahului permulaan pesta buku Frankfurt iaitu pameran buku terbesar dunia, yang bermula hari ini hingga Ahad ini.

Iran digemparkan dengan gelombang protes sejak kematian Mahsa Amini, 22, bulan lalu, beberapa hari selepas dia ditangkap oleh polis moral di Teheran kerana didakwa melanggar kod pakaian Iran untuk kaum wanita. – AFP

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi



Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan

Nora Danish ‘belanja’ apa tu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker