Khairuddin bukan calon UMNO – Ahmad Said

#PRU15

Khairuddin bukan calon UMNO – Ahmad Said

UMNO Terengganu tidak pernah menamakan bekas pemimpin Pas Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Said berkata, tiada sebarang rundingan dilakukan berhubung perkara tersebut.



Ditanya jika Mohd Khairuddin ingin menyertai dan membantu UMNO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menjelaskan, pihaknya tiada masalah, namun bukan sebagai calon.

“Kita ada calon kita. Kita tak pernah ada rundingan dengan siapa-siapa pun.

“Tetapi kalau dia nak menyertai dan bantu UMNO, tak ada masalah, cuma bukan sebagai calon. Kita tak pernah namakan dia sebagai calon. Tak ada,” kata Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Makan Malam Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd di sini semalam.



Sebelum ini UMNO Bahagian Kuala Nerus menafikan desas-desus bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi akan ditampilkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen itu pada PRU15 nanti.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Mohd Yusoff berkata, ia cuma dakyah parti lawan yang cuba memecahbelahkan akar umbi BN di kawasan Parlimen berkenaan.

Pada Mac lalu, Mohd Khairuddin mengumumkan membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan yang dibuat itu adalah selaras dengan perlembagaan parti iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri. Aw

Khairuddin bukan calon UMNO – Ahmad Said




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”



Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

https://mykmu.net/2022/10/16/nurul-nazihah-yang-retung-dalam-kemalangan-bar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker