MKT UMNO sekali lagi sahkan Ismail Sabri kekal PM jika BN menang PRU15
Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai ‘poster boy’ calon perdana menteri daripada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Razlan Rafii berkata, Umno tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuat pada perhimpunan agungnya tahun lalu.
Malah, katanya, ketetapan tersebut dibuat tanpa sebarang perjanjian antara Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Sabri selaku perdana menteri sementara.
“Ia tak ada perjanjian, sebab yang saya tahu dan yang kita dah putuskan, perdana menteri akan terus jadi perdana menteri seperti yang kita umumkan pada tahun lepas.
“Kita cakap dalam Perhimpunan Agung Umno bahawa Ismail Sabri akan terus menjadi poster boy dan Datuk Seri Ahmad Zahid akan menjaga parti.
“Jadi, itulah perkara yang kita perlu lakukan untuk kita melihat kepada pembahagian kuasa,” katanya dalam temubual bersama Malaysiakini di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Razlan berkata demikian ketika ditanya apakah terdapat perjanjian antara Ahmad Zahid dan Ismail Sabri berhubung kedudukan perdana menteri.
April lalu, MKT Umno sebuat suara memutuskan Ismail sebagai calon perdana menteri pada PRU akan datang.
Perkara itu dipertegaskan sekali lagi oleh Ahmad Zahid pada 18 September lalu.
Bagaimanapun terdapat penganalisis politik yang berpendapat kedudukan Ismail sebagai poster boy BN bukan jaminan dia akan dilantik sebagai PM selepas PRU15.
Presiden parti tak semestinya PM
Mengulas lanjut, Razlan berkata, bukanlah perkara baru apabila presiden sesebuah parti tidak dilantik menjadi ketua kerajaan atau perdana menteri.
“Saya rasa (soal pembahagian kuasa) banyak dilakukan negara-negara luar pun. Kalau kita tengok negara seperti Indonesia atau di India, tak semestinya presiden parti itu akan menjadi perdana menteri dan sudah tiba masanya untuk kita melihat kepada perkara itu,” katanya.
Jelasnya, presiden parti membawa suara akar umbi dan berhak menyuarakan dasar yang terbaik kepada perdana menteri demi kebaikan rakyat.
“Permintaan Umno ini bukan permintaan presiden seorang, permintaan Umno ini adalah permintaan yang dibawa daripada akar umbi.
“Jadi, sebagai perdana menteri, dia kena dengarlah kehendak rakyat,” katanya.
Razlan memberikan contoh desakan yang dibuat Umno agar kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika negara dilanda wabak Covid-19.
“Umno membawa mandat rakyat di bawah untuk meminta perdana menteri (ketika itu Muhyiddin Yassin) melakukan pengeluaran KWSP akaun kedua .
“Kalau nak ikutkan perdana menteri dan juga semua anggota kabinet termasuk menteri kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tak setuju untuk berbuat demikian.
“Tetapi kehendak rakyat macam mana? (Rakyat) nak, jadi kita bawa suara-suara ini dan Umno menjadi pelopor untuk membawa suara rakyat agar kerajaan dengar dan itulah yang sebenarnya kita cuba buat,” katanya.
Justeru Razlan berkata adalah lebih baik Ahmad Zahid kekal sebagai presiden parti dan Ismail Sabri mengetuai kerajaan sekitanya BN menang PRU15.
“Saya rasa semua ini adalah kebaikan untuk semua rakyat,” tambahnya.
Dalam pada itu, Razlan menangkis dakwaan bahawa Umno BN akan campur tangan dalam kes mahkamah melibatnya pemimpinnya sekiranya menjadi kerajaan.
“(Bekas MB Selangor) Datuk Seri Khir Toyo masuk penjara, kita tak pernah pun minta ampunkan, (kes) dia berjalan seperti biasa dan ramai juga pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang dikenakan tindakan.
“Kita beri hak kepada mahkamah untuk tentukan (keputusan) termasuklah banyak pemimpin-pemimpin PKR, DAP yang masuk penjara (selepas diputuskan mahkamah),” katanya.
Pada 10 Oktober lalu, Ismail mengumumkan pembubaran parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.
Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 pada 20 Okt ini.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET