PRU15 adalah peluang terbaik kebangkitan BN di Selangor

SHAH ALAM – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah peluang kebangkitan BN di Shah Alam dan Selangor.

Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, beliau bersyukur PRU15 diadakan ketika BN mentadbir kerajaan

Beliau mengingatkan jentera BN mengambil peluang itu untuk bersoladiriti dan kekal fokus serta mengelak bertelagah sesama sendiri.



“Akhirnya BN dapat semula (kerajaan), PRU15 diadakan ketika BN memerintah. Alhamdulillah tuhan bantu, kita jangan huru-hara lagi.

“Orang kata ini pertempuran terakhir kita, antara hidup dengan mati. Kalau kita tumbang, kita tak mampu kita bangkit lagi.

“Inilah peluang kebangkitan BN. Kita akan pastikan BN bukan hanya hadir di Shah Alam, malah Selangor dan Putrajaya,” katanya pada Perasmian Jentera BN Shah Alam pada Sabtu.

Ucaptama perasmian tersebut dikongsikan secara langsung di Facebook beliau.



Pada majlis tersebut beliau merakamkan penghargaan kepada parti komponen BN, Friends of BN serta veteran UMNO yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti.

Beliau berkata, turut meminta jentera parti untuk aktif menggunakan media sosial sebagai platform kempen khususnya bagi menarik undi golongan anak muda.

“Gunakan media sosial untuk serang PH. Ini teknik sama digunakan mereka untuk serang BN yang dilihat paling berkesan untuk kempen anak muda yang sangat aktif di media sosial.

“Seru juga anak muda sama-sama bantu BN, kita tak mampu nak jejak semua pengundi. Jumlah pengundi kita ramai (164,000 orang), Kota Anggerik saja 90,000 orang,” katanya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker