MUDA tiada kekuatan politik hanya bergantung Ihsan PH

 

SHAH ALAM – Keupayaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk memberikan nilai tambah kepada Pakatan Harapan (PH) khususnya dalam mendapatkan sokongan pengundi baharu dan muda masih belum terbukti dengan jelas.

Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, Muda dilihat masih memerlukan masa untuk membina kekuatan mereka sebelum benar-benar dapat memberikan kesan signifikan terhadap politik negara.

“Keupayaan sokongan tarik pengundi muda masih belum terbukti jelas. Semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu, mereka menang satu kerusi sahaja.

“Jika Undi18 (pelaksanaan kelayakan pengundi bagi individu berumur 18 tahun dan ke atas) belum berkesan atau anak-anak muda tak keluar mengundi, maka kekuatan Muda pun masih samar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Pada PRN Johor lalu, Muda yang baru pertama kali bersaing dalam pilihan raya berjaya memperoleh satu kerusi daripada tujuh kerusi ditandingi melalui Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Pada Ogos lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin memaklumkan pelaksanaan Undi18 menyaksikan pertambahan ketara pemilih seramai 5.8 juta orang di mana 1.2 juta orang adalah terdiri daripada golongan anak muda berusia 18 hingga 20 tahun.

Dalam pada itu, Mohd Izani mengakui bahawa Muda sememangnya mempunyai potensi boleh dimanfaatkan PH terutamanya dalam menarik minat pengundi muda di dalam negara.

Sehubungan itu, beliau yang juga penulis buku Konflik dan Konsensus dalam Kerjasama Politik berkata, Muda seharusnya meningkatkan usaha bagi membuktikan keupayaan mereka sebelum dapat menjadi sebahagian daripada parti membentuk gabungan PH.

“Mereka memang memerlukan masa sebab mereka ini parti baru. Perlu ada pengalaman menguruskan parti dan ahli.

“Mereka tak boleh menumpang kekuatan PH, walaupun tak dinafikan PH perlu berkongsi pentas dengan Muda sewaktu berkempen dan sebagainya,” ujarnya yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia UPM.

Katanya, selain persoalan mengenai pengurusan parti, Muda juga perlu menambah baik dari segi penonjolan lebih banyak pemimpin parti dan tidak hanya bergantung kepada Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pada Rabu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gabungan itu bersetuju membentuk kerjasama politik dengan Muda bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker