Kesalahan berkaitan PRU, Ini yang perlu difahami

SEMUA parti politik dan bakal calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) harus berhati-hati serta memahami kesalahan dan hukuman pilihan raya khususnya berkaitan aktiviti kempen berunsur rasuah serta salah guna kuasa.

Ia seperti tertakluk dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR 1954), Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kanun Keseksaan (KK) dan Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

Undang-undang AKPR 1954 agak ketat, malangnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan termasuk tidak boleh menjalankan siasatan, denda terhadap calon atau siapa sahaja yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Namun, undang-undang sedia ada masih membolehkan SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM mengambil tindakan tegas terhadap amalan rasuah, salah guna kuasa serta kesalahan berkaitan menjelang PRU.

Ramai ahli politik yang mahu menjadi calon mungkin tidak perasan di bawah peruntukan AKPR 1954 mengandungi semua bentuk kesalahan rasuah dan salah guna kuasa yang jelas iaitu Seksyen 8 (penjamuan), 9 (pengaruh tidak wajar), 10 (rasuah) semasa atau selepas tempoh pilihan raya dan hukumannya boleh dipenjara hinggalah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan hak mengundi.

Kesalahan tawar makanan dan minuman – setiap calon boleh dianggap melakukan rasuah dengan menawarkan makanan dan minuman kepada pengundi kerana tindakan itu menunjukkan penghargaan kepada pengundi, lebih-lebih lagi apabila calon itu mempunyai hasrat supaya mengundi dirinya.

Kesalahan pengaruh tidak wajar – boleh menjadi kesalahan jika seseorang menggunakan kekerasan atau keganasan atau menghalang sehingga memaksa seseorang mengundi dengan cara tertentu, atau tidak mengundi langsung.

Kesalahan rasuah – calon atau sesiapa sahaja dilarang melakukan rasuah dengan menawarkan ‘pembelian undi’ sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti memberi atau menawarkan wang, hadiah, pekerjaan, atau pinjaman ketika proses pilihan raya (Seksyen 10).

Politik wang tidak ada toleransi, justeru tidak harus berlaku pada mana-mana parti politik. Bagi mengatasi masalah rumit ini, kerajaan perlu memperkenalkan Akta Pembiayaan Dana Politik yang dapat dijadikan panduan untuk membezakan antara dana politik dan sumbangan kepada parti atau ahli politik yang boleh dikategorikan sebagai rasuah.

Had perbelanjaan pilihan raya – mengikut Seksyen 19 akta ini, had maksimum perbelanjaan masa pilihan raya adalah RM150,000 bagi setiap kerusi negeri dan RM200,000 (kerusi Parlimen).

Laporan perbelanjaan calon pilihan raya – kepada SPR dalam tempoh sebulan selepas pilihan raya diwartakan tidak dilaksanakan oleh mana-mana parti politik.

Dalam pada itu, AKPR 1954 perlu dipinda bagi memastikan SPR bukan lagi sebuah organisasi yang ‘tidak bertaring’ tetapi lebih relevan mengikut peredaran masa, antaranya:

• Memberi kuasa ‘penguatkuasaan’ kepada SPR untuk mengambil tindakan kepada calon, ejen atau parti politik yang melanggar AKPR 1954 atau yang berkaitan.

• Had perbelanjaan pilihan raya perlu dikaji semula untuk mengelak kesalahan dari segi perbelanjaan proses pilihan raya dilakukan.

• Diberi kuasa mengaudit untuk memastikan jumlah dibenarkan bagi berbelanja itu memang benar-benar digunakan dalam kempen pilihan raya.

• Kuat kuasa laporan perbelanjaan, perlu dikemukakan oleh calon pilihan raya kepada SPR dalam tempoh sebulan selepas pilihan raya diwartakan.

Parti politik hendaklah mengamalkan proses politik berintegriti dan memberi perhatian khusus kepada aktiviti dianggap sebagai ‘perbelanjaan undi’ berlaku sebelum, semasa atau selepas proses pilihan raya.

Selepas pilihan raya, parti yang menang diharapkan dapat membentuk sebuah kerajaan berintegriti, stabil dan terus bersama-sama rakyat memerangi rasuah yang masih berleluasa demi masa depan negara dan generasi akan datang.

* Datuk Seri Akhbar Satar ialah Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi, Universiti HELP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker