Muafakat Nasional: Kerjasama UMNO, Pas selepas keputusan PRU-15
PADANG TERAP – Harapan untuk melihat UMNO dan Pas bekerjasama semula akan dapat dilihat selepas selesai Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) berikutan Pas sudah membuat keputusan untuk bergerak bersama Perikatan Nasional (PN).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tiada apa yang boleh dilakukan lagi ketika ini kerana pimpinan tertinggi Pas sudahpun membuat keputusan tersebut pada Khamis
“Kita pilihanraya dululah, kita pergi atas keputusan yang telah dibuat. Kita pun tidak ada apa yang perlu nyatakan lagi, kita terima keputusan itu (keputusan Pas) sebagai parti yang lama, jatuh bangun dan pengalaman yang panjang. Itu cerita lain, tunggu lepas pilihanraya,” katanya pada sidang akhbar di Padang Kerasak, dekat sini pada Sabtu.
Ditanya kemungkinan akan berlaku kerjasama kedua-dua parti pada saat-saat akhir sebelum PRU15, beliau tidak tahu, sebaliknya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan Pas.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tentang kerjasama UMNO dan Pas yang mungkin akan kembali terjalin selepas PRU15.
Terdahulu, Mahdzir yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap hadir merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Terap termasuk melancarkan jentera pilihanraya Barisan Nasional (BN) bahagian tersebut.
Turut hadir, Timbalan UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim.
Pada Khamis, Pas membuat keputusan memilih PN sebagai sekutu menghadapi PRU15 dan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu dibuat atas prinsip penyatuan ummah.
Dalam perkembangan sama, Mahdzir juga enggan mengulas lanjut kenyataan seorang pemimpin Pas yang mendedahkan supaya tiada pertembungan berlaku di 27 ‘kerusi kritikal’ dengan UMNO pada PRU15 bagi memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, itu adalah keputusan yang dibuat oleh Pas dan terpulang kepada parti tersebut.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy
- Selepas Istana Selangor dedahkan, MB Selangor akhirnya akui tidak pernah mohon untuk bubar DUN
- Kedai Shuib dirempuh kereta, mungkin pemandu ingat drive thru
- Ekonomi global dalam bahaya – Bank Dunia
- Pertemuan terakhir PAS dan UMNO pada 12 Oktober
- Hadi mula menyerang UMNO
- Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal
- STF sahkan ada campur tangan pelantikan hakim zaman PH
- Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15
- Ahli Parlimen UMNO yang khianat parti kini susah hati kerana akan gagal pertahankan kerusi dalam PRU-15
- Bekas Pelajar DDNK Pula Cerita Pengalaman Tak Best Sertai Kelas Saham
- Baby Shima Sindir PU & Ustazah ‘Online’ Pasal Kes Amang Seksual
- PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin
You must be logged in to post a comment.