Puteri Sarah puas hati penjelasan Jawi

Isu Ira Kazar

Puteri Sarah puas hati penjelasan Jawi

Pelakon Puteri Sarah berpuas hati dengan penjelasan diberikan pegawai penyiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung aduan dibuat terhadap wanita didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Ia selepas Puteri Sarah hadir ke pejabat Jawi, hari ini bagi mendapatkan sendiri penjelasan daripada pihak terbabit.



Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia sudah mengetahui segala apa yang berlaku selain jelas dengan segala penerangan diberikan.

“Saya sering ditanya apa jadi dengan kes ini, adakah ia sudah ditutup sebab kes sivil pun belum ada perkembangan terkini sebelum ini. Jadi ada orang ingat kes ini terkubur. Mana yang benci saya tu mentertawakan saya.

“Jadi, hari ini saya datang ke Jawi untuk bertemu dan mendapatkan jawapan langsung daripada pegawai penyiasat. Hasil pertemuan, Insya-Allah, ada sinar harapan. Saya percaya pada undang-undang dalam negara yang berpihak kepada yang benar.

“Ketika berjumpa pegawai berkenaan, saya sudah jelas dah tahu semua apa yang berlaku. Saya lega dan sangat puas hati tapi saya tak boleh kongsikan. Tunggu tindakan selanjutnya daripada mereka,” katanya kepada Harian Metro.



Terdahulu, Puteri Sarah ditemui di pejabat Jawi dengan ditemani peguam, Siti Natasha Basheer Hassan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, dia juga sudah jelas kenapa kes itu mengambil masa lama.

“Saya juga sudah jelas kenapa mereka ambil masa dan apa langkah seterusnya yang bakal diambil pun saya dah tahu. Jadi tunggu saja. Cuma, apa saya nak beritahu, kalau berkaitan dengan mahkamah memang ambil masa sebab ada proses dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Saya percaya pada Jawi. Mereka tak biar kes ini berlalu begitu saja. Saya juga percaya yang salah tetap salah, benar tetap benar. Jadi terjawab segala persoalan saya. Terima kasih kepada Jawi yang membantu dan menerangkan kepada saya. Saya gembira dengan penjelasan hari ini,” katanya.



Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah berkata, tarikh perbicaraan kes saman terhadap wanita itu sudah ditetapkan pada 25, 28 dan 29 Ogos tahun depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Kes sivil pun dah ke depan. Kami sudah diberikan tarikh perbicaraan. Cuma agak lambat. Ia ambil masa, tapi tak apa. Sabar itu indah dan pasti akan membuahkan hasil baik. Kalau tergesa-gesa, takut hasilnya mengecewakan. Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh tidur dengan nyenyak,” katanya. HM

Puteri Sarah puas hati penjelasan Jawi


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal



PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker