PAS buat pusingan U, kini guna lambang bulan di Kelantan, Terengganu & Kedah

 

PAS sudah memuktamadkan keputusan untuk menggunakan logo parti tersebut di negeri pimpinannya – Kelantan, Terengganu dan Kedah – untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi negeri-negeri lain pula, kata timbalan presidennya PAS itu lagi, mereka dipercayai akan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

“Penggunaan logo kita sudah putuskan bahawa Kelantan, Terengganu, Kedah kita akan gunakan logo PAS.

“Namun, negeri lain kemungkinan besar akan menggunakan logo PN, (ia) sudah dimuktamadkan dan akan bawa ke Majlis Pimpinan PN,” lapor harakahdaily dalam satu wawancara portal rasmi PAS itu bersama Tuan Ibrahim.

Sebelum ini muncul cadangan agar PN menggunakan lambang PAS berbanding gabungan itu bagi menyertai PRU ke-15 tidak lama lagi.

Hal itu kerana PAS berpendapat lambang ‘bulan’ parti itu lebih dikenali dengan meluas dalam kalangan orang ramai berbanding PN yang masih baru usianya.

Gesaan itu turut disuarakan secara terbuka oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, yang berpendapat ahli partinya “alergik” kepada warna biru yang mengingatkan mereka kepada Umno-BN.

Untuk rekod semalam Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan jawatankuasa kerja parti itu membuat keputusan untuk memperkukuh kerjasama mereka dalam PN untuk menghadapi PRU akan datang.

Banyak benda boleh buat

Dalam wawancara tersebut Tuan Ibrahim turut mengulas isu keengganan PAS membubarkan dewan undangan negeri (DUN) di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Mengakui keputusan tersebut akan membuatkan kos perjalanan pilihan raya bertambah kerana perlu diadakan dua kali, penyandang kerusi parlimen Kubang Krian itu berkata, PAS tidak boleh disalahkan.

Sebaliknya Tuan Ibrahim menganggap Umno-BN yang perlu dipersalahkan apabila tergesa-gesa mahu membubarkan parlimen menjelang musim tengkujuh.

“Soal kos dan sebagainya, kita (PAS) akui. Tetapi (ini) kesilapan mereka, bukan kita. Kenapa mereka bubar pada waktu ini? Rakyat susah kalau banjir berlaku.

“Kemudian sekolah akan menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) jika banjir, kita bimbang takut-takut kemarahan rakyat sekarang ini kita sangat ketara,” katanya.

Dia yang dilantik menjadi menteri selepas Langkah Sheraton menambah, PAS mahu DUN dibubarkan selepas keadaan tenang dan ancaman banjir berakhir.

“Kenapa kita (PAS) tidak bubar? Sebab kita tak mahu diheret sama dengan kemarahan rakyat sekarang.

“(PAS) yakin, kita ada lebih lapan bulan lagi masa (sehingga Mei 2023), dan dalam tempoh lapan bulan banyak benda kita boleh buat, dan kita tak perlu tergesa-gesa,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker