Keputusan PAS sudah dijangka, kita ada pelan tersendiri – Ismail
#PRU15
Keputusan PAS sudah dijangka, kita ada pelan tersendiri – Ismail
JASIN: UMNO tidak terkejut dengan keputusan PAS memilih kekal bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana tindakan itu sudah dijangka lebih awal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun pintu rundingan antara kedua-dua parti sudah beberapa kali dibuka, namun PAS kekal dengan pendiriannya bersama PN, sekali gus menolak kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional (MN).
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, berkata mereka menghormati keputusan PAS meskipun pada peringkat awal parti itu bersama UMNO dalam MN yang memperlihatkan hampir semua orang Melayu dan Islam teruja dengan gabungan berkenaan.
“UMNO dari awal sudah menjangka (keputusan PAS) berdasarkan beberapa kenyataan dibuat kepimpinan PAS, walaupun kita sentiasa terbuka ketika itu untuk berbincang dengan pihak kepimpinan parti terbabit.
“Namun, semalam kata putus (PAS) sudah dibuat, sebab itu dari awal Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi buat kenyataan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedia bergerak solo dan kita sudah sebut beberapa kali kita bersedia,” katanya selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chinchin, di sini, hari ini.
Semalam, Ahmad Zahid berkata, UMNO dan BN memutuskan untuk bergerak secara solo bagi menghadapi PRU-15 susulan keputusan PAS untuk memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilapor berkata, parti itu memutuskan untuk memperkukuh kerjasama dalam PN atas prinsip penyatuan ummah dan perkara itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, BN dan UMNO sudah bersiap sedia dengan sebarang jawapan daripada PAS sama ada mahu menjalin kerjasama atau sebaliknya.
“Jika jawapan PAS ya, kita ada tindakan, jika no (tiada kerjasama), kita pun sudah bersedia dengan pelan kita untuk memastikan kemenangan BN pada PRU-15 ini,” katanya. BH
Keputusan PAS sudah dijangka, kita ada pelan tersendiri – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Giliran siapa pula tuduh PRU15 paling kotor dalam sejarah?
- Saman kerana bubar Parlimen tindakan derhaka kepada Agong
- Kerajaan bubar kerana ‘boss’ PN – Ismail
- Battersea Power Station kejayaan kerajaan BN
- Anwar malas layan Mahathir
- Mahathir buat-buat tak tahu
- Aliff Syukri didakwa bersabit kes video bersifat sumbang
- Bayaran tol enam lebuh raya Lembah Klang bakal turun
- PKR didakwa dalang buat panggilan provokasi terhadap BN
- Tak mustahil Sanusi menghadap Sultan mohon bubar DUN Kedah
- PH buat pusingan U, adakan PRN serentak PRU15?
- Kenyataan saya disalah tafsir lawan – Zahid
- Abang beri 2 sebab utama Ismail Sabri bubar parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
100 anggota polis sujud mohon maaf
PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki
You must be logged in to post a comment.