Jeans Levi’s termahal berusia lebih 140 tahun

Jeans Levi’s termahal berusia lebih 140 tahun

Seluar jeans jenama Levi’s yang dibuat pada 1880-an dilelong pada harga AS$87,400 (kira-kira RM410,00).

Jeans berkenaan ditemukan di dalam lombong terbiar di Amerika Barat oleh ahli arkeologi denim, Michael Harris.



Menurut United Press International (UPI), seluar berkenaan dilelong di Durango Vintage Festivus, pesta denim di pinggir Aztec.

Jeans itu yang mempunyai ciri buckle back di bahagian belakang kemudiannya dibeli Kyle Hautner dan Zip Stevenson.

Hautner membayar 90 peratus daripada harga lelongan manakala Stevenson menambah untuk baki 10 peratus lagi daripada harga keseluruhan.

Stevenson yang memiliki kedai pembaikan seluar, Denim Doctors di Los Angeles berkata, penemuan seluar seperti itu jarang berlaku.



“Penemuan seluar jeans yang dikeluarkan pada tahun itu sangat jarang berlaku terutamanya dalam keadaan seluar yang sebegitu,” lapor UPI memetik laporan CNN.

Stevenson berkata, Harris sudah meninjau sekurang-kurangnya 50 lombong terbiar sejak lima tahun lalu dan tidak menemui seluar yang mempunyai kualiti yang sama.

Beliau berkata, beberapa pasang seluar jeans Levi’s dari tahun pembuatan yang sama dipercayai masih wujud.

Tapi ia hanya untuk dipamerkan di muzium dan tidak berada dalam keadaan yang boleh dipakai.



Beliau berkata, seluar jeans yang dilelong itu masih boleh dipakai namun pembaikan minor perlu dilakukan.

Menurutnya, seluar jeans itu kini disimpan di dalam peti deposit keselamatan berhampiran Denim Doctors dan hanya boleh dilihat pelanggan yang membuat janji temu.

Katanya, seluar itu diharap dapat dijual dan dipamerkan di muzium untuk tatapan umum. HM

Jeans Levi’s termahal berusia lebih 140 tahun




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker