Rais Hussin sertai PKR

Rais Hussin sertai PKR

Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga adalah pengerusi biro strategi dan dasar parti itu, Rais Hussin Mohamed Ariff menyertai PKR hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.



“Saya mengalu-alukan penyertaan Rais Hussin ke dalam PKR,” katanya.

Pada 7 Oktober lalu, pengasas bersama Bersatu itu mengumumkan keluar daripada parti.

Katanya, walaupun dia bukan lagi ahli Bersatu, tetapi akan giat meneruskan perjuangan untuk negara yang lebih baik dalam membantu lebih ramai rakyat berdasarkan lima prinsip teras iaitu reformasi, keadilan, keterangkuman, progresif dan wasatiyyah.

Rais Hussin tidak lagi aktif dalam parti itu sejak 2020 selepas menjalani prosedur jantung dan banyak menumpukan kepada pembangunan Emir Research sebuah badan NGO pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik. Mk



Rais Hussin sertai PKR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker