PAS pilih PN, UMNO bergerak sendirian

PAS pilih PN, UMNO bergerak sendirian

UMNO akan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), susulan keputusan PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutunya.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan PAS itu sudah dijangka.

“Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, susulan itu UMNO dan Barisan Nasional memutuskan untuk bergerak sendiri dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan.

Beliau juga menyuarakan keyakinan UMNO mampu menawarkan kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu, bagi menghadapi PRU-15 dengan keputusan itu berpaksikan prinsip penyatuan ummah.

Sebelum ini, Ahmad Zahid meminta PAS menyatakan pendirian sama ada mahu bekersama dengan BN dan memberikan beberapa syarat, termasuk memutuskan hubungan dengan PN. BH

PAS pilih PN, UMNO bergerak sendirian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker