DUN P. Pinang bubar kerana DAP yakin menang

DUN negeri lain tak yakin menang

DUN P. Pinang bubar kerana DAP yakin menang

Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata pilihan raya negeri perlu diadakan serentak dengan pilihan raya umum, seperti yang dituntut oleh rakyat Pulau Pinang.

Ini selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak dapat mencapai kata sepakat mengenai perkara itu dalam mesyuarat semalam.



Bercakap kepada Malaysiakini, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berpendapat tuntutan itu dibuat berdasarkan sentimen orang ramai.

Dia berkata rakyat Pulau Pinang secara umumnya tidak mahu mengadakan pilihan raya negeri dan persekutuan secara berasingan kerana ia akan menghabiskan banyak sumber dan memakan masa.

“Ini adalah maklum balas yang kami perolehi dari orang ramai. Orang ramai memberitahu kami secara terus apabila kami bertanya tentang pendapat mereka.

“Sebagai wakil rakyat mereka, bagaimana mungkin kita tak mendengar dan menyampaikan suara mereka?” soalnya.



Penyandang ahli parlimen Bagan itu juga menegaskan terdapat kemungkinan Umno dan PAS mungkin bergabung untuk mengukuhkan Muafakat Nasional selepas pilihan raya umum.

Katanya, keadaan itu pasti akan memberi ancaman yang besar kepada PH sekiranya pilihan raya negeri diadakan secara berasingan.

Dia menegaskan DAP tidak meminta Selangor dan Negeri Sembilan mengikut jejak langkah Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya serentak kerana situasi di negeri itu berbeza.

Bagaimanapun, dia mengakui bahawa DAP perlu mempertimbangkan semula perkara ini dan keputusan muktamad akan diumumkan oleh Pengerusi PH dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.



Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pula berkata, dia secara peribadi lebih suka berpegang kepada pendirian semasa PH untuk tidak membubarkan DUN mereka sehingga musim tengkujuh berlalu.

Dia juga berkata dia memahami kebimbangan orang ramai bahawa pilihan raya negeri yang diadakan secara berasingan memberikan kemungkinan risiko besar dalam kadar peratusan keluar mengundi.

Bagaimanapun, dia menegaskan semua pihak akan mematuhi keputusan muktamad PH.

“Kami adalah satu gabungan dan kami akan mematuhi keputusan muktamad secara kolektif. Jadi sebelum kita membuat sebarang keputusan, kita mesti mengambil kira kepentingan bersama PH,” katanya semasa siaran langsung di media sosial DAP malam semalam.



Semalam, pengarah komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata gabungan itu akan mengumumkan keputusannya mengenai perkara itu dalam tempoh 48 jam.

Loke juga berkata keputusan gabungan itu akan berdasarkan konsensus ketiga-tiga negeri – Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

Sebelum ini, majlis presiden PH memutuskan bahawa negeri yang ditadbirnya tidak akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing sehingga musim tengkujuh berlalu.

NOTA : Ini lah sifat munafikun yang jelas ada dengan pemimpin PH. Mereka cuma tidak mahu pilihanraya kerana takut kalah bukan kerana rakyat. Mana pergi isu banjir? Rakyat jangan tertipu dengan dakyah PH dan PN.



DUN P. Pinang bubar kerana DAP yakin menang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker