Polis jumpa mayat reput ketika siasat lokasi kereta terbabas elak kelibat
Polis jumpa mayat reput ketika siasat lokasi kereta terbabas elak kelibat
IPOH: Polis menemukan satu mayat reput ketika menjalankan siasatan terhadap kemalangan kereta yang terbabas berhampiran persimpangan lampu isyarat Pekan Tambun di sini pagi ini.
Mayat dipercayai perempuan yang sudah reput sejak beberapa hari itu, ditemui hanya pada kira-kira 3 meter dari kereta Proton Saga Aeroback yang terbabas ke dalam longkang berdekatan.
Difahamkan sebelum penemuan mayat, pada kira-kira jam 5 pagi sebuah kereta yang dipandu oleh seorang anggota tentera dari arah Hulu Kinta terbabas ke dalam longkang berkenaan.
Anggota tentera berkenaan dikatakan cuba mengelak suatu kelibat yang melintas di hadapan keretanya sebelum terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu anggota tentera itu hanya cedera ringan.
Anggota polis trafik yang kemudiannya datang ke lokasi kira-kira 5.30 pagi untuk menjalankan siasatan sebelum turut menemui mayat reput di sekitar kawasan kemalangan.
Ketika menjalankan siasatan berkenaan, anggota polis dikatakan terhidu bau busuk sebelum menemukan mayat reput berhampiran kenderaan yang terbabas.
Maklumat penemuan itu dilaporkan kepada Balai Polis Tambun berhampiran dan mayat kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan pada sebelah petang bagi mengenal pasti identiti mayat dan punca kematian.
Tinjauan wartawan di lokasi mendapati siasatan dijalankan oleh pihak polis dan forensik PDRM di lokasi kejadian dan mayat reput sudah dibawa keluar daripada lokasi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian. BH
Polis jumpa mayat reput ketika siasat lokasi kereta terbabas elak kelibat
Baca Artikel Menarik:
- Ucapan Zahid rujuk kepada politik balas dendam PH
- Pemandu Honda himpit kereta depan elak bayar tol (Video)
- Masalah utama dihadapi ekonomi negara sejak PRU14 – Najib Razak
- Kerjasama Pas-UMNO sukar kerana Bersatu – Zuhdi
- Mastura mungkin sukar dicalonkan di Parlimen Kuala Kangsar
- Muhyiddin cuba aib Ismail – Zahid
- Musuh BN Lempar Masalah, BN Mangsa
- Mahathir bertanding lagi kerana gagal lahirkan pengganti
- Hanya kerajaan stabil dapat pulih kesan dasar buruk Mahathir – pengurus dana
- Muhyiddin gembira UMNO tak bersama PAS
- BN miliki kelebihan jika DUN tidak dibubar serentak Parlimen
- Muhyiddin, menteri PN punca perpecahan dalam kerajaan – Ismail
- Hasnul Zulkarnain umum tidak bertanding, mahu tebus kesilapan menjadi ‘katak politik’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET