Namakan Muhyiddin calon PM bukti PN tandus calon berkaliber

Namakan Muhyiddin calon PM bukti PN tandus calon berkaliber

Tindakan menamakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri jika Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menunjukkan gabungan itu seolah-olah ketandusan calon berkaliber.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menyifatkan tindakan menamakan semula bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu menunjukkan PN mengetengahkan calon kitar semula.

“Nampak sangat PN tiada calon berwibawa dan layak untuk dipromosikan sebagai calon Perdana Menteri. Kenapa tidak cadangkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang atau pun Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



“Mungkin BERSATU dan Muhyiddin hendak buat sejarah baharu diangkat kali kedua sebagai Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, PN dilaporkan mengesahkan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke-10 jika gabungan itu memenangi PRU-15.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau yang juga Presiden GERAKAN dilaporkan berkata, tiga parti komponen termasuk BERSATU dan PAS sepakat terhadap ketetapan memilih Pengerusi PN itu sebagai Perdana Menteri, selain bersedia melancarkan perang di medan PRU-15.

Sementara itu, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai turut menyelar sikap PAS yang masih tidak memenuhi tiga syarat UMNO walaupun sudah diberikan peluang.



“Biarlah PAS dengan BERSATU dan GERAKAN dalam PN. UMNO tekad bergerak solo dan mahu memperkukuhkan perpaduan dalam Barisan Nasional (BN) untuk mendepani PRU-15 ini.

“UMNO tak mahu lagi pandang ke belakang dan terus bergerak. UMNO akan terus fokus kepada PRU-15 untuk mengembalikan kebajikan rakyat dan memperkukuhkan kembali kedudukan negara selepas pilihan raya nanti,” katanya. BH

Namakan Muhyiddin calon PM bukti PN tandus calon berkaliber


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker