Tunggu kenyataan Takiyuddin – Shamsuri

Tunggu kenyataan Takiyuddin – Shamsuri

Kenyataan hasil mesyuarat Pas yang diadakan hari ini akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Saya tak boleh jawab. Kita serah pada Datuk Seri Takiyuddin. Nanti tanya dia,” kata Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Beliau antara pemimpin Pas yang keluar awal selepas mesyuarat Pas di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Ditanya adakah Terengganu akan dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak, Menteri Besar itu berkata, pihaknya juga sudah bersiap sedia.

Mengenai keputusan Pas sama ada akan bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) parti itu tidak berputus asa akan terus mencuba, katanya.

“Pas masih istiqamah ke arah penyatuan ummah,” katanya ringkas.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Pas, Senator Datuk Idris Ahmad pula enggan mengulas lanjut mengenai mesyuarat yang diadakan hari ini.

“Tak ada bincang apa-apa. Saya nak cepat ke Pulau Pinang, ada hal,” katanya ketika ditanya wartawan.

Hari ini, semua pimpinan Pas, kecuali presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, media yang menunggu di luar pejabat Pas, kecewa apabila dimaklumkan Takiyuddin sudah meninggalkan bangunan itu menerusi pintu belakang.

Mesyuarat itu dikatakan membincangkan dua perkara besar iaitu mengenai keputusan membubarkan tiga DUN bawah pentadbiran Pas dan keputusannya sama ada akan bersama UMNO dalam MN atau kekal dengan parti Bersatu. MG

Tunggu kenyataan Takiyuddin – Shamsuri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker