Pertembungan maruah JDT, Kedah dijangka panas

Pertembungan maruah JDT, Kedah dijangka panas

Aksi Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini, sekali lagi bakal menampilkan pertembungan maruah buat dua pasukan itu.

Kedua-duanya bertemu di Stadium Darul Aman, Selasa lalu dengan skuad Harimau Selatan mencalar maruah Sang Kenari di hadapan penyokong sendiri apabila meraih kemenangan 3-1 walaupun beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua.



Pertembungan itu bukan sahaja ‘panas’ di atas padang, malah turut dihangatkan lagi dengan perang mulut antara pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Melihat kepada perang itu yang belum menemui titik damai, aksi malam ini bakal menjadi perlawanan tumpuan seluruh peminat bola sepak tanah air, bukan sahaja bagi penyokong JDT dan Kedah.

Atas kertas, segala-galanya memihak JDT dengan kali terakhir Sang Kenari berjaya mengalahkan skuad Harimau Selatan pada 31 Ogos 2018 dalam saingan Piala Malaysia dan selepas itu Kedah tidak menang dalam sembilan pertemuan terakhir.

Malah, berdasarkan rekod cemerlang JDT sepanjang musim ini, anak buah Aidil Sharin Sahak dianggap berdepan tugas sukar untuk mengatasi lawannya itu apatah lagi Kedah ketika ini bergelut dengan masalah prestasi apabila tewas dalam tiga perlawanan terakhir di Liga Super.



Berdasarkan situasi ‘panas’ di luar padang antara Tunku Ismail dan Sanusi, JDT mungkin mahu ‘makan besar’ berdepan Kedah sebagai hadiah buat pemiliknya selain memastikan maruah Harimau Selatan selaku juara bertahan sembilan kali berturut-turut berada di tahap tertinggi.

Selain pertembungan JDT dan Kedah, tiga aksi membabitkan Sabah, Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan juga bakal menjadi tumpuan kerana tiga pasukan itu sedang bersaing sengit merebut dua tiket ke Piala AFC musim depan.

Negeri Sembilan yang menewaskan Kedah 4-3, Sabtu lalu dijangka tidak berdepan masalah untuk meneruskan rentak kemenangan apabila melayan kunjungan Melaka United di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Hanya Sabah dan TFC dilihat menghadapi tugas berat apabila masing-masing akan bertandang ke gelanggang lawan ketika mereka wajib mendapat tiga mata berharga.



Sabah akan berdepan pasukan Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, manakala TFC pula bakal berkunjung ke gelanggang keramat finalis Piala AFC, Kuala Lumpur (KL) City FC.

Pasukan tangga kedua Liga Super, Sabah yang hanya dibezakan satu mata dari TFC dan Negeri Sembilan berisiko jatuh ke tangga keempat jika mereka tewas di tangan skuad Tok Gajah.

Begitu juga situasi yang dihadapai naib juara Piala FA, TFC yang memerlukan kemenangan bagi mengelak kedudukan di tangga ketiga kembali dirampas Negeri Sembilan selepas kedua-duanya berkongsi 38 mata ketika ini. BH

Pertembungan maruah JDT, Kedah dijangka panas




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]



Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker