Bajet 2023 acuan kerajaan PN bukan BN sepenuhnya – Mutalif
Bajet 2023 acuan kerajaan PN bukan BN sepenuhnya – Mutalif
Bajet 2023 yang dibentang Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam didakwa bukan belanjawan sepenuhnya daripada acuan Barisan Nasional (BN).
Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Abdul Mutalib Abdul Rahim berpendapat, belanjawan itu datang daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, tiada sesuatu yang luar biasa ditawarkan dalam belanjawan tahunan kali ini berbanding ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri selama sembilan tahun sebelum ini.
“Kalau kita lihat Bajet 2023 ini ianya bagus tetapi tidak begitu hebat seperti mana zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, rekodnya cukup jelas, kecemerlangan BN, semua rakyat dapat menikmatinya.
“Kalau kita nak ikut dari segi ekonomi di bawah, luar negara mengalami krisis ekonomi tapi Malaysia masih stabil, itu disebabkan kerana kebijaksanaan BN yang ditadbir oleh kerajaan tunggal,” katanya kepada MalaysiaGazette semalam.
Terdahulu Abdul Mutalib merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya Tahun 2022 di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya.
Kelmarin Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan sejumlah RM372.3 bilion akan diperuntukkan bagi Bajet 2023 berbanding peruntukan RM332.1 bilion tahun lepas dalam bajet sebelumnya.
Abdul Mutalib juga mendakwa belanjawan tahunan itu tidak gah seperti sebelum ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa tidak diberi ruang menyediakannya.
“Hari ini Perdana Menteri tidak boleh melaksanakan bukan dia tak bijak cuma dia tidak diberikan ruang dan peluang.
“Bila dia nak buat sahaja, ada sahaja orang mengacau daripada Pakatan Harapan (PH), PN dan sebagainya. Sebab itu, ini bajet bukan BN punya, ini bajet PN. Rakyat harus dengar, rakyat harus ingat,” katanya lagi. MG
Bajet 2023 acuan kerajaan PN bukan BN sepenuhnya – Mutalif
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip
You must be logged in to post a comment.