Saudi akan adakan hubungan dengan Israel – MBS

Saudi akan adakan hubungan dengan Israel – MBS

Pemimpin de facto Arab Saudi, semalam berkata potensi menjalin hubungan bersejarah dengan Israel saban hari semakin ‘lebih hampir’, namun mahu isu Palestin diselesaikan terlebih dulu.

Sehubungan itu, Putera Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, dalam satu temu bual dengan Fox News, menafikan bahawa Arab Saudi menangguhkan rundingan dengan Israel, yang diselaraskan oleh Amerika Syarikat (AS).



Tegasnya, kerajaan Arab Saudi mahu melihat kemajuan dalam rundingan damai Palestin, manakala kerajaan haluan kanan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, masih melaksanakan dasar penuh kontroversi di Tebing Barat yang diduduki.

“Bagi kami, isu Palestin adalah sangat penting. Kita perlu selesaikan bahagian itu. Kita perlu meringankan kehidupan rakyat Palestin,” katanya.

Wisma Putra perlu jawab ‘kesilapan diplomatik’ lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi – Khairy
Israel kini sudah menjalin hubungan dengan lima negara Arab tetapi pengiktirafan oleh Arab Saudi dilihat sebagai hadiah bersejarah dalam diplomasi Asia Barat, kerana peranan kerajaan itu sebagai penjaga dua tempat paling suci Islam.

Kedua-duanya, Israel dan Arab Saudi serta negara Arab lain, berkongsi permusuhan bersama terhadap Iran, sebuah negara berfahaman Syiah dan sering menyaingi Arab Saudi.



Dalam temu bual yang sama, Putera Mahkota yang lebih dikenali dengan singkatan MBS itu turut memperbaharui amaran bahawa negaranya akan membangunkan senjata nuklear jika Iran melakukannya.

“Jika mereka mendapatkannya, kita perlu mendapatkannya juga,” katanya.

Arab Saudi difahamkan turut mendapat jaminan keselamatan, termasuk dilaporkan perjanjian dengan AS, sebagai balasan untuk menjalin hubungan dengan Israel, satu-satunya kuasa nuklear di rantau itu walaupun ia tidak diisytiharkan.

Mohammed bin Salman juga mengulas mengenai kemungkinan mewujudkan pakatan keselamatan, dengan merujuk kepada hubungan Arab Saudi-AS selama lapan dekad yang sudah pasti akan ‘menguatkan’ kerjasama ketenteraan dan ekonomi.



Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, dalam temu bual dengan ABC News semalam, mengatakan jalinan hubungan antara Arab Saudi dan Israel akan menjadi ‘peristiwa transformatif’.

“Untuk menyatukan kedua-dua negara ini khususnya akan mempunyai kesan yang kuat dalam menstabilkan rantau ini.

“Dalam mengintegrasikan rantau ini, dalam membawa orang ramai bersama-sama, tidak mahu mereka terus bertengkar satu sama lain,” katanya sambil mengakui ia sukar untuk sampai ke tahap itu. BH

Saudi akan adakan hubungan dengan Israel – MBS



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)



La Luna ada unsur soft porn?

Bapa Mondy minta maaf



Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker