PAS gagal pilih sekutu

PAS gagal pilih sekutu

PAS masih berteka-teki sama ada akan menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan memutuskan untuk meneruskan usaha penyatuan ummah, membabitkan ketiga-tiga parti teras Melayu, termasuk UMNO dan BERSATU.

Keputusan itu dibuat PAS selepas selesai mesyuarat Ahli Jawatankuasa parti itu di ibu negara hari ini dan dipengerusikan Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi dalam kenyataannya berkata, keputusan meneruskan usaha penyatuan ummah membabitkan komitmen ketiga-tiga parti teras Melayu itu juga bagi menjamin kestabilan politik negara pascaPRU15.

“PAS berpandangan perlu ada keanjalan dalam rundingan dengan UMNO dan BERSATU, termasuklah berkenaan syarat yang dikemuka dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan,” katanya di sini. BH

Berita lanjut menyusul

PAS gagal pilih sekutu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker