Tak wajar menteri PN utus warkah kepada Agong bantah PRU15
Tak wajar menteri PN utus warkah kepada Agong bantah PRU15
Ahmad Maslan menyifatkan tindakan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini sebagai tidak wajar.
Setiausaha Agung Umno itu berkata, anggota Jemaah Menteri daripada PN sepatutnya menyuarakan pandangan berhubung perkara itu pada mesyuarat Jemaah Menteri.
“Selaku anggota Jemaah Menteri, mereka (sepatutnya) boleh menyelesaikannya dalam mesyuarat,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Bahagian Pontian hari ini, lapor Sinar Harian.
Ahmad berkata, tindakan itu turut memberi gambaran bahawa sokongan kepada Ismail Sabri Yaakob semakin berkurangan dalam Jemaah Menteri.
“Perkara berkaitan tidak bersetuju sepatutnya tidak dibincangkan di luar kerana ia melambangkan rasa tidak percaya kepada perdana menteri, semakin kurang keabsahan,” katanya.
Tambahnya, isi kandungan warkah dan penyampaiannya kepada Agong juga tidak wajar disebarkan.
Semalam Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin dilapor mengesahkan bahawa 12 menteri PN mengutuskan warkah kepada Sultan Abdullah bagi menyatakan pendirian mereka berhubung PRU15.
Katanya, mereka berpendapat kebajikan rakyat patut menjadi tumpuan utama pada masa ini. BH
Tak wajar menteri PN utus warkah kepada Agong bantah PRU15
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET