Gangguan seksual, ADUN Sedili dipanggil polis

Gangguan seksual, ADUN Sedili dipanggil polis

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain sudah dipanggil polis berhubung laporan gangguan seksual yang dibuat seorang wanita terhadapnya.

Menurut laporan Kosmo, wanita itu adalah Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu Bahagian Kota Tinggi.



Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, wakil rakyat itu dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

“ADUN telah dipanggil ke IPD Kota Tinggi semalam (untuk ambil keterangan). Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dipetik Kosmo.

Semalam, Rasman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi menafikan dakwaan gangguan seksual itu dan menyifatkannya konspirasi politik serta cubaan untuk menjatuhkan maruahnya.

Ia selepas polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berusia 26 tahun pada pagi Isnin yang mendakwa beberapa kali diganggu secara seksual oleh seorang ADUN Johor. FMT



Gangguan seksual, ADUN Sedili dipanggil polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]



Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker