Rishi Sunak lebih kaya dari Raja Charles III

Miliki kekayaan bernilai RM3.4 Bilion

Rishi Sunak lebih kaya dari Raja Charles III

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dan isterinya Akshata Murthy difahamkan mempunyai kekayaan melebihi Raja Charles III. menurut laporan Life Style Asia, dia dan isteri mempunyai nilai kekayaan bersih sehingga USD 730 juta (RM3.4 bilion). Lebih besar daripada Raja Charles III yang hanya mempunyai nilai kekayaan sebanyak USD 600 juta (RM2.7 bilion).

Menerusi laporan tersebut, nilai kekayaan Rishi difahamkan datang daripada pelbagai jenis sumber. Antaranya adalah syarikat Infosys, sebuah firma IT yang bernilai USD 4.5 bilion. Menurut laporan tersebut, Murthy mempunyai saham bernilai 0.93 peratus atau sebanyak USD 715 juta.

Selain itu, mereka juga memiliki empat rumah di seluruh United Kingdom dan Kanada. Antaranya rumah agam abad ke-19 di North Yorkshire yang menelan belanja kira-kira USD 2.3 juta, kediaman utama di Kensington yang berharga USD 7.1 juta, sebuah apartmen di South Kensington, yang dibelinya dengan harga kira-kira USD 300,000 dan sebuah penthouse di California yang bernilai USD 7.5 juta.

Tambah laporan itu lagi, Murthy dan Rishi turut mempunyai kepentingan dalam firma Catamaran Venture UK yang bernilai USD 4 juta. Firma itu juga difahamkan melabur dalam syarikat pelaburan milik keluarga diraja Qatar, MRI Hallmarq, SpaceX, Reddit dan Loco. Murthy turut dilaporkan mempunyai kepentingan dalam beberapa jenama besar makanan seperti Wendy’s dan restoran Jamie Oliver di India.

Gaji Rishi sebagai ahli parlimen pula difahamkan sebanyak USD 95,000 sebelum meningkat kepada USD 185,000 setelah diangkat menjadi Perdana Menteri Britain.

Dalam temuramah Reuters, Rishi pernah ditanya bagaimana dia membina hubungan dengan orang ramai memandangkan kekayaan peribadinya lebih besar daripada raja. Beliau berkata, “Saya fikir di negara ini, kita menilai orang bukan dengan akaun bank mereka, kita menilai mereka dari watak dan tindakan mereka. Dan ya, saya sangat bertuah kerana berada dalam situasi yang saya hadapi sekarang, tetapi saya tidak dilahirkan seperti ini.”

Untuk rekod, Rishi Sunak adalah Perdana Menteri bukan Kristian pertama di Britain. Beliau juga merupakan Perdana Menteri termuda dalam 210 tahun.

Rishi Sunak juga adalah penyokong setia Amerika dan Israel.

Rishi Sunak lebih kaya dari Raja Charles III

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker