Suami isteri beli kereta berharga RM53,000 guna duit syiling

JAKARTA – Sepasang suami isteri di wilayah Jambi, Indonesia membeli sebuah kereta model Toyota Calya berharga 173 juta rupiah (RM53,000) dengan menggunakan wang syiling 1,000 rupiah, lapor laman berita Kumparan semalam.

Agus Riyanto dan Emilia, membawa duit syiling dengan jumlah keseluruhan 18 juta rupiah (RM5,487) menggunakan guni untuk diserahkan kepada sebuah bilik pameran Toyota.

“Sebelum ini, mereka sudah membayar wang sebanyak 150 juta rupiah  Bakinya dibayar menggunakan duit syiling yang berjumlah sekitar 18 juta rupiah,” kata seorang kakitangan bilik pameran berkenaan, Rika.

Kakitangan bilik pameran mengira duit syiling tersebut. – Jambikita

Menurut Rika, lebih 15 pekerja diarah untuk mengira duit syiling itu.

“Kami mengira duit itu dari pukul 11 pagi (waktu tempatan) hingga 3.30 petang (waktu tempatan),” ujarnya sambil menambah, ia merupakan kali pertama mereka bertemu dengan pelanggan yang membeli kereta menggunakan duit syiling.

Tambah Agus, duit syiling itu dikumpul selama dua tahun hasil daripada perniagaan kedai runcit mereka.

“Kami mendapat inspirasi daripada anak,” katanya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker