Lelaki Merana Perut Membusung Seperti Mengandung 9 bulan

Lelaki Merana Perut Membusung Seperti Mengandung 9 bulan

LONDON – Seorang lelaki berdepan dengan kesengsaraan apabila memiliki perut yang kelihatan seperti sedang hamil sembilan bulan akibat kesan jahitan pembedahan apendiks yang tidak kemas, lapor akhbar Daily Record, kelmarin.

Gary Urien, kini menghidap masalah hernia atau angin pasang yang membuatkan perutnya membusung seperti wanita hamil.



Isterinya, Julia, berkata, keadaan itu membuatkan Gary mengalami tekanan perasaan kerana tidak boleh menjalani aktiviti harian dengan selesa.

“Semua ini berlaku setahun lalu apabila kakitangan hospital terlalu sibuk menangani pesakit Covid-19 sehingga leka dalam menjalankan pembedahan ke atas suami saya.

“Kini, Gary terpaksa menunggu mungkin sehingga lima tahun sebelum mendapat tarikh pembedahan baharu bagi membetulkan keadaan perutnya,” kata Julia.

Sementara itu, Amanah Yayasan Rotherham berkata, pandemik telah menjejaskan peruntukan pembedahan yang bukan kecemasan kerana kebanyakan bajet Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain dibelanjakan untuk rawatan Covid-19. – Agensi



Lelaki Merana Perut Membusung Seperti Mengandung 9 bulan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]



Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker