MB Kedah isytihar haramkan konsert sera merta
Kerajaan Kedah mengharamkan serta-merta penganjuran konsert dalam program Muda Mudi Weekend Fest (MMWF) selepas kejadian peserta menari menjadi tular di media sosial.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata sebaliknya kerajaan negeri menggalakkan sebarang acara yang menyihatkan badan seperti program larian, berbasikal, memancing dan lain-lain selagi ia selari dengan tatasusila masyarakat tempatan
“Kejadian muda-mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras bahawa sebarang aktiviti yang boleh meransang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular rakaman video memaparkan aksi penonton MMWF yang dilihat asyik menari.
Ia kemudian mengundang kritikan ke atas kerajaan negeri – yang diterajui PAS – mengenai langkah kawalan yang diambil pihak berkuasa.
Klip video itu juga menjadi perhatian ramai kerana lokasi kejadian adalah berhampiran dengan Masjid Zahir di tengah Alor Setar.
“Semua pegawai daerah yang mempengerusikan jawatankuasa berkaitan perlesenan hiburan telah dimaklumkan tentang hal ini dan arahan ini berkuatkuasa serta-merta,” tegasnya.
Bagaimanapun di sebalik pengharaman dibuat kerajaan negeri, tidak dapat dipastikan sama ada penganjur MMWF akan mengadakan program seumpama itu pada masa depan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee
You must be logged in to post a comment.