Kanak-kanak 3 tahun didera rakan bapa sehingga meninggal dunia

Keadaan kanak-kanak tersebut yang didera sehingga mati.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun 9 bulan maut dipercayai akibat didera seorang jurujual yang juga rakan kepada bapa mangsa dalam kejadian di Jalan Ria 2, Taman Skudai di sini hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu selepas bapa mangsa membuat laporan polis antara pukul 10 hingga 11 malam, semalam.

Sehubungan itu katanya, dua individu iaitu seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual berusia 28 tahun dan seorang pembantu rumah wanita warga asing berusia 40 tahun ditahan hari ini.

“Bapa mangsa bekerja di Singapura, manakala ibunya bekerja di Yong Peng dan mereka telah mengamanahkan rakan mereka iaitu suspek untuk menjaga dua anak mereka dengan bayaran RM2,800 sebulan.

“Difahamkan, mangsa dan adiknya yang berusia setahun telah dijaga oleh suspek sejak tiga bulan lalu. Dalam kes ini hanya mangsa dipercayai didera, manakala adiknya tidak diapa-apakan,” katanya selepas mengunjungi kediaman suspek di sini hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan di tubuh badan mangsa melibatkan lebam dan luka kecil.

“Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker