Ular sawa dalam mesin basuh dobi layan diri

Ular sawa dalam mesin basuh dobi layan diri

JOHOR BAHRU – Beberapa orang pengguna kedai dobi layan diri dekat Taman Impian Emas di sini terkejut apabila menemui seekor ular sawa dalam mesin pembasuh di premis berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Mohd Jamal dalam kenyataan memberitahu, ular sawa seberat 20 kilogram (kg) itu ditemui dalam mesin basuh oleh salah seorang pelanggan di kedai berkenaan.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kehadiran reptilia itu pukul 9.41 pagi daripada seorang pelanggan di kedai tersebut.



Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan menangkap ular melalui talian terus di Kedai Dobi, No. 139, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas.

Satu kenderaan utliti Pajero dengan kekuatan keseluruhan seramai tiga orang anggota dari BBP Larkin telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi di tempat kejadian didapati didapati benar terdapat seekor ular sawa berukuran 6 kaki seberat 20 kg yang berada di dalam salah satu mesin basuh di kedai tersebut.

“PKO bertindak menangkap ular tersebut dengan menggunakan penjerut dan dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan orang awam.



“Setelah memastikan keadaan selamat, jentera dan anggota bertolak balik ke balai. Tiada mangsa yang terlibat dalam insiden ini.,” katanya lagi. MG

Ular sawa dalam mesin basuh dobi layan diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker