Bakal ‘bertempur’ di Gombak, Anwar beri peringatan pada Azmin

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim menasihatkan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali agar memberi tumpuan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gombak yang disandangnya ketika ini.

Kata Anwar, ini kerana bukan mudah untuk pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu mempertahankan kerusi parlimen yang dimenanginya atas tiket PKR pada PRU lalu.

“Sibuk hal dia pasal apa? Dia jaga kawasan dia.

“Tak mudah bagi dia (Azmin),” kata Anwar ringkas kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku tulisannya bertajuk “Script”, di Subang Jaya, hari ini.



Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Azmin itu untuk bertanding menentangnya yang juga presiden PKR di kerusi Parlimen Gombak.

Azmin antara sembilan pemimpin PKR yang berpaling tadah dengan menyertai Bersatu dalam Langkah Sheraton.

Dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Persidangan Bahagian Bahagian dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor, di Shah Alam hari ini, Azmin dilaporkan berkata dia sanggup berdepan cabaran individu yang disifatkannya sebagai “sudah tidak lagi relevan dalam politik” untuk bertanding di Gombak.

Azmin juga menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan anak perempuannya Nurul Izzah.



Anwar baru-baru ini berkata dia tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi pengkhianat PKR dan PH.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata dia sedang mempertimbangkan beberapa kerusi namun belum membuat keputusan lagi.

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker