Makcik ‘ganas’ bawa penyapu leraikan pelajar mahu bergaduh

Makcik ‘ganas’ bawa penyapu leraikan pelajar mahu bergaduh

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita membubarkan beberapa kumpulan pelajar sekolah yang ingin memulakan pergaduhan di jalan raya, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @kabat_tebet itu dirakam dalam kejadian yang berlaku di Jakarta.



Wanita berbaju biru itu dilihat membawa sebatang penyapu untuk menghalau pelajar sekolah yang berkumpul sebelum memulakan pergaduhan.

Dia sesekali mengomel dan menghalau pelajar yang masih memakai pakaian seragam sekolah yang ditemuinya.

“Saya akan lapor kepada polis, tunggu mereka datang selepas ini,” katanya.

Beberapa pelajar lelaki yang berkumpul di simpang jalan dilihat melarikan diri ketika wanita itu menghampiri mereka. Dia terus berjalan sehingga kumpulan pelajar itu bersurai.



Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Terima kasih atas keprihatinan anda terhadap anak-anak, anda telah mewakili ramai ibu bapa,” kata seorang netizen.

“Hidup makcik, terima kasih kerana anak-anak hanya takut makcik bawa penyapu,” komen netizen lain. K Online

Makcik ‘ganas’ bawa penyapu leraikan pelajar mahu bergaduh




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker