Mukhriz salahkan Ladang Sejahtera PAS punca tragedi banjir

Semalam, Sanusi menafikan pentadbirannya terbabit dalam projek itu sebaliknya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu pimpinan Mukhriz yang menjadi menteri besar pada 2013 hingga 2016 dan 2018 hingga 2020.

Mukhriz berkata, apabila beliau kembali sebagai menteri besar pada 2018, keputusan dibuat untuk mengehadkan penanaman durian kepada hanya 20% sahaja.

Katanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membenarkan peratusan itu untuk tanaman selain TLC dan tujuh spesies pokok hutan lain.

“Perlu diingatkan sekali lagi bahawa penanaman semula walaupun membabitkan kerja teres tanah, bukanlah punca hakisan tanah dan banjir.

“Bencana itu tidak akan berlaku sekiranya hutan simpan tidak disentuh untuk tujuan pembalakan pokok bernilai tinggi dan aktiviti tebang bersih atas alasan Ladang Sejahtera sebelum 2013,” katanya.

Projek ladang durian Musang King di Gunung Inas sebelum ini dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, minggu lalu.

Kejadian itu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman penduduk rosak teruk.

Mukhriz berkata, walaupun penanaman durian dikaitkan sebagai punca utama bencana berkenaan, namun perlu dilihat bahawa kawasan hutan simpan kekal di Gunung Inas ditukar status kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007, dan dijenamakan Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.

Jelasnya, bagi melaksanakan ladang di atas tanah hutan, pokok hutan perlu ditebang bersih. Beliau turut mempersoalkan sama ada kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) dibuat ketika kerja-kerja penebangan dilakukan.

“Sekitar 2012-2013, saya antara pihak yang membantah projek Ladang Sejahtera di Kedah, bukan kerana pokok yang hendak ditanam, tetapi kerana hutan simpan digondolkan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker