LEPAS ISU BERHENTIKAN ANAK SEKOLAH – KINI ZUL YAHYA BAHAS PASAL VAKSIN PULA

 

“Dah begitu lama umat Islam memilik vaksin yang bukan sekadar mencegah tapi mampu menyembuhkan. Habbatus Sauda dan madu tapi tak yakin dengan sunnah, lebih yakin dengan perubatan lain yang belum tentu jaminannya. Bukan madu tiga ya,” ujar bekas pelakon Zul Yahya.

Nampaknya kenyataan Zul berhubung isu agama terus menjadi perhatian warga maya apabila ramai yang masih tidak berpuas hati. Sebelum ini, Zul mencetuskan perdebatan ramai mengenai tindakan memberhentikan anak sekolah demmi beri pendidikan agama.

Terkini menerusi posting terbaru di laman Instagram, Zul muncul pula dengan isu vaksin dimana dia menyatakan umat Islam sudah lama memiliki vaksin. Kenyataan terbarunya itu terus mengundang pelbagai reaksi yang kebanyankan mereka cuba menasihati pelakon itu untuk mengubah fahaman berkenaan. Ada yang menganggap perspektif dan fahaman pelakon itu agak sempit dan tidak meluas.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Simple je bang, jangan melihat dengan pandangan lalat, semua nampak busuk. Berlapang dada la wahai Zul Yahya” – “Betul tak nafikan sunnah Rasullulah sememangnya mujarab, tapi janganlah kita ketepi sunnah yang lain. Islam itu luas” – “Amalkan dua-dua, seimbang sunnah dan sains,” tulis beberapa warga maya.

Terdahulu, Zul berkongsi pandangannya untuk tidak meneruskan persekolahan anak-anaknya di Instagram dan Facebook hingga mencetuskan pelbagai keraguan dan provokasi. Mengambil contoh daripada dirinya sendiri yang tidak mempunyai sijil persekolahan, Zul menegaskan rezeki akan mencurah-curah sekiranya tidak putus usaha.

Image_3.jpg

“Saya dan isteri berpakat ini jalan yang terbaik. Hari ini bukan zaman nak kejar anak dapat berapa A tapi ilmu akhirat yang masih lagi nipis. Mereka memang sudah diberhentikan sekolah. Apa yang penting adalah ilmu agama. Dalam agama pasti ada kejayaan, bukan di akhirat tetapi di dunia lagi.

“Dunia semakin tua takkan tak nampak, sistem yang datang kepada kita hari ini luar biasa dan ramai yang rasa boleh hidup lama. Saya sendiri sudah berusia 50 tahun, apa akan jadi 50 tahun akan datang. Bagaimana agama dalam diri anak-anak kita? Mampukah degree dan master menyelamatkan mereka daripada dajjal?

“Sijil pada anak-anak pun belum tentu berikan kehidupan. Saya pun SRP tak ada, menulis tak pandai tapi Allahuakbar, Allah bagi rezeki macam-macam bentuk. Yang penting usaha, kalau ada sijil tapi malas tak guna juga,” katanya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Zul Yahya Solat Jemaah Di Masjid Tanpa Ikut SOP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker