“Anak saya sampai buang limpa…” – Bapa mangsa langgar lari, mahu cari pemandu Myvi

Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan di bahagian perut sehingga perlu menjalani pembedahan pembuangan limpa, selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Cheras beberapa hari lalu.

Berdasarkan video yang dimuat naik di media sosial oleh bapa mangsa dikenali sebagai Lee Aziz, memaparkan kereta Myvi berwarna merah membuat pusingan U-turn sebelum berlanggar dengan motosikal yang dinaiki mangsa.

Kes langgar lari

Namun, apa yang membuatkan bapa mangsa tidak berpuas hati adalah apabila kereta tersebut bertindak melarikan diri sejurus selepas kemalangan berlaku.

Akan cari sampai dapat

Susulan daripada itu, bapa mangsa dalam usaha mahu mencari pemandu kereta Myvi tersebut, apabila sehingga ke hari ini pemandu berkenaan tidak datang bersemuka dengannya.

 

 

Tindakan pemandu itu nyata tidak bertanggungjawab, kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kenderaan tersebut boleh menghubungi bapa mangsa.

Sumber: Lee Aziz

Kredit : OhMyMedia

 

Pejalan kaki maut dipercayai dilanggar lari

Related Articles

One Comment

  1. Keta langgar motorsikal kah motorsikal langgar keta. Tgk betul2 video bru ckp ooi..
    Lg satu, sape suru bw motorsikal laju2 gile time hjn jln licin

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker