SPRM baru sahkan siasatan terhadap hakim Nazlan selesai

 

Siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Ghazali telah lengkap, namun butiran lanjut tidak boleh didedahkan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Azam memberitahu pemberita bahawa beliau tidak boleh mendedahkan perkembangan dari Jabatan Peguam Negara (AGC) itu.

“Dalam kes berkenaan, pada saya, kami telah selesaikan kertas siasatan, sepertimana saya sebut dahulu, belum dapat mengumumkan apa-apa arahan lanjut yang kita terima dari…kita akan terima dari Jabatan Peguam Negara.

“Buat masa ini saya tidak boleh ulas siasatan ini,” katanya kepada pemberita di luar acara SPRM di sini.

Nazlan, yang mengetuai perbicaraan Najib Razak dalam kes SRC International di Mahkamah Tinggi, telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas perdana menteri itu.

Dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, Najib berhujah bahawa Nazlan berada di bawah konflik kepentingan yang serius ketika mengetuai perbicaraan itu.

Najib kalah dalam rayuan terakhir dan sedang menjalani hukuman di penjara Kajang.

Pada 22 April, SPRM berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berikutan laporan dibuat mengenai jumlah tidak dapat dijelaskan lebih RM1 juta dalam akaun bank Nazlan.

Nazlan kemudiannya membuat laporan polis berhubung dakwaan itu, berkata ia “palsu, tidak berasas dan berniat jahat” dan bertujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai hakim.

Pada bulan Mei, SPRM berkata, ia telah menyelesaikan siasatannya terhadap Nazlan. Bagaimanapun, awal bulan ini, Azam berkata, kertas siasatan telah dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker