Smith enggan tinggalkan Oscar selepas tampar Rock: Akademi

 

LOS ANGELES: Will Smith enggan meninggalkan majlis Oscar selepas menyerang pelawak Chris Rock, dedah Akademi Seni Pergerakan dan Sains semalam, ketika ia memulakan tindakan disiplin terhadap bintang terkenal itu.

Smith mungkin berdepan penyingkiran daripada Akademi kerana menampar Rock secara terbuka, yang berlaku beberapa saat sebelum dia dianugerahkan anugerah pelakon terbaik untuk peranannya dalam “King Richard” – pengumuman yang disambut dengan sorakan oleh penonton.

“Kejadian yang berlaku tidak kami jangkakan.

“Kami ingin menjelaskan bahawa Smith telah diminta meninggalkan majlis namun dia menolak.

“Kami juga sedar yang kami patut kendalikan situasi itu dengan cara yang berbeza,” tulis kenyataan pihak Akademi

Kenyataan itu dikeluarkan susulan desakan orang ramai yang mempersoal mengapa Smith masih dibenarkan duduk di barisan hadapan pada majlis Anugerah Akademi selepas insiden menampar Chris Rock di atas pentas.

Sementara itu, Akademi Seni dan Sains Filem dalam kenyataan terbaharunya berkata, lembaga pengelola yang bermesyuarat semalam telah memulakan prosiding tatatertib terhadap Smith kerana melanggar tatasusila kumpulan itu.

Smith mempunyai peluang mempertahankan dirinya dalam jawapan bertulis sebelum lembaga pengarah bertemu semula pada 18 April.

Smith boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk penggantungan, pemecatan atau sekatan lain.

Pihak Akademi dalam kenyataan terbaharu mengutuk tindakan Smith ke atas Rock.

“Tindakan Smith pada Oscar ke-94 adalah peristiwa yang sangat mengejutkan, traumatik untuk disaksikan secara langsung dan di televisyen.

“Rock, kami memohon maaf kepada anda atas apa yang anda alami di atas pentas, dan terima kasih di atas ketabahan anda pada ketika itu.

“Kami juga memohon maaf kepada calon, tetamu, dan penonton atas apa yang berlaku ketika acara yang sepatutnya menjadi satu keraian,” tulis kenyataan itu.

Sementara itu, lembaga gabenor berkata, ia telah memulakan prosiding tatatertib terhadap pelakon itu selepas kejadian menampar Chris Rock di atas pentas Oscar.

Isnin lalu, Will Smith memohon maaf daripada Rock, Akademi dan penonton serta mengakui dia bertindak di luar batasan. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker