Pelajar dikecam tidak bantu bapa sebenarnya remaja lembam

Pelajar dikecam tidak bantu bapa sebenarnya remaja lembam

Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Besut, Terengganu yang hanya melihat dan tidak membantu bapanya yang terjatuh dari motosikal sehingga dikecam warganet dalam satu vieo tular baru-baru ini sebenarnya adalah remaja lembam.

Dalam video itu yang dimuat naik pengguna dikenali sebagai jai-99 di Tiktok, menunjukkan seorang lelaki menghantar anak perempuannya di sekolah itu dengan menaiki sebuah motosikal.

Ketika mahu turun dari motosikal berkenaan, lelaki itu tiba-tiba terjatuh. Anaknya yang berada berhampiran dilihat terpinga-pinga dan tidak melakukan apa-apa sebelum seorang lelaki datang membantu.

Tindakan pelajar itu menyebabkan dia menjadi mangsa kecaman warganet dan ada pula yang menuduh dia malu kerana bapanya hanya memiliki motosikal.

Bagaimanapun, Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah dalam satu kenyataan memberitahu, pelajar itu sebenarnya lembam dan remaja itu juga tidak boleh membaca.

“Mohon panjangkan perkara ini kepada pemilik TikTok ini untuk segera padamkan video ini dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga berkenaan. Ia amat mengguris hati kami.

“Pelajar kita ini pelajar lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh serta tak boleh membaca pun. Kasihan pelajar ini semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya,” kata kenyataan itu. FMT

Pelajar dikecam tidak bantu bapa sebenarnya remaja lembam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker