Ismail Sabri ‘Anak Jantan’ Berani Tegur PBB Hapus Kuasa Veto, Kata Pemimpin UMNO
Ismail Sabri ‘Anak Jantan’ Berani Tegur PBB Hapus Kuasa Veto, Kata Pemimpin UMNO
Pemimpin akar umbi UMNO menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘anak jantan’ apabila berani menyuarakan ketegasan bahawa kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dihapuskan.
Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff berkata, keberanian yang disuarakan Ismail dalam menentang kuasa veto mungkin tidak ada kepada semua pemimpin dunia lain.
“Ucapan perdana menteri di PBB sangat tegas dan berani dalam menegur kelamahan kuasa veto dan mencadangkan supaya veto tak digunakan lagi. Saya rasa tak ada pemimpin yang berani bercakap supaya veto itu tidak digunakan.
“Saya sebagai rakyat bangga atas keberanian pemimpin kita apatah lagi ia datang dari UMNO, bersuara di pentas dunia tentang ketegasan walaupun kita negara kecil tapi mesej oleh perdana menteri jelas dalam memastikan setiap hak asasi dijaga dengan baik oleh badan tertinggi dunia itu,” katanya.
Ismail ketika berucap di New York berkata, kepincangan tadbir urus global dan PBB menjadi punca konflik dan krisis yang berlaku di seluruh dunia tidak dapat diselesaikan.
Beliau dengan tegas menyuarakan, masalah yang paling besar di badan dunia itu adalah Majlis Keselamatannya di mana kuasa veto sering disalahgunakan untuk memihak kepada kuasa dunia tertentu.
“Ini tidak demokratik dan melanggar prinsip asas demokrasi. Ini menyebabkan konflik yang berlaku tidak dapat diselesaikan oleh mana-mana wakil tetap Majlis tersebut.
“Selaras dengan prinsip satu negara satu undi, sekarang adalah masanya kuasa veto dihapuskan. Sebagai organisasi yang membawa semangat dan lambang demokrasi kepada dunia, PBB perlu kembali kepada landasan penubuhannya,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara pada Debat Umum Perhimpunan Agung PBB ke-77.
Mengulas keberanian Ismail menggunakan Bahasa Melayu ketika berucap di PBB, Mustapa berkata ia bukanlah bermakna Ismail tidak fasih berbahasa Inggeris.
“Kalau beliau tidak boleh berbahasa Inggeris mana mungkin beliau boleh menjadi peguam dan sebagainya,” katanya. – UMNO ONLINE
Ismail Sabri ‘Anak Jantan’ Berani Tegur PBB Hapus Kuasa Veto, Kata Pemimpin UMNO
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah