Jangan tuduh Umno kejam, Ahmad Maslan perjelas isu PRU15 musim banjir
Jangan tuduh Umno kejam, Ahmad Maslan perjelas isu PRU15 musim banjir
Umno meminta semua pihak berhenti melabelkan parti itu sebagai “kejam” susulan cadangan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan hujung tahun ini.
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, berkata ini kerana sebelum mencadangkan supaya PRU15 diadakan, Umno terlebih dahulu telah merujuk kepada agensi berkaitan mengenai keadaan cuaca terutamanya sepanjang Disember sama ada sesuai atau sebaliknya.
“Jangan tuduh kami (Umno) dengan kata-kata tidak elok yang hanya cuba untuk mengelirukan rakyat, perlu ada bukti dan fakta sebelum mengeluarkan sesuatu perkara.
“Umno masih mempunyai sifat perikemanusiaan dalam mencadangkan PRU15 boleh diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Jelas Ahmad lagi, sekiranya PRU15 tidak dapat dijalankan pada Disember, ia mungkin boleh diawalkan iaitu pada Oktober atau November yang tidak bertembung dengan musim banjir.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Pontian itu menafikan Umno tidak peka terhadap situasi yang bakal dihadapi penduduk di pantai timur itu.
“Umno tidak mencadangkan PRU15 diadakan pada masa tersebut (Disember ) tapi kami hanya menyatakan dalam tempoh tiga bulan jika Parlimen dibubarkan,” katanya.
Baru-baru ini, Umno menerima kecaman daripada pelbagai pihak serta parti politik susulan cadangannya mahu mengadakan PRU15 hujung tahun ini iaitu ketika monsun timur laut melanda negeri pantai timur.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dipetik berkata, Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir jika berlaku bencana itu ketika kempen PRU15, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat. FMT
Jangan tuduh Umno kejam, Ahmad Maslan perjelas isu PRU15 musim banjir
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.